EDISI MEREPEK :)
Assalamualaikum wbt ! Jawab salam wa dulu , kalau tak wa taknak cakap dengan lu orang semua. Jawab cepat ! Okay bagus semua nya jawab salam. Wa bukan apa , wa nak bagitahu , hukum memberi salam tu sunat , tapi hukum menjawab salam tu wajib , tapi kalau lu bunuh orang , wa rasa hukuman dia , gantung sampai mati ah kalau lu tak gila. Kay wa lari tajuk , wa tahu. Tapi sebelum tu wa nak bagitahu , nama wa bukan wawa , tapi wa saja cakap wa wa macam ni sebab wa nak suruh nampak wa brutal. Wa gengster , wa tak makan rumput. Tapi wa makan nasi. Lu orang tahu tak nasi ayam yang mama wa buat sedap sangat. Okay wa tahu takda kena mengena tapi sukahati wa lah . Ni blog wa , cerita wa , sukati wa nak tulis apa. Kalau lu orang semua rasa nak kencing dekat wa punya blog , wa mintak maaf dekat blog wa , wa tak sempat nak buat toilet. Okay dah jauh wa merepek. Wa gangster , bukan gangnam style , jadi wa rasa wa takboleh merepek banyak banyak. Kalau wa merepek banyak banyak , wa rasa macam wa ni seekor pari pari comel. Kay, wa tahu takda kaitan tapi wa taknak ambik tahu, macam wa cakap, ni blog wa so sukati wa nak cakap apa. AHHHHHHHHHHHHH ! DIAM BOLEH TAK ?! hahaha
Aku pun dah bosan dengan aku merepek banyak banyak. Agaknya kalau blog ni boleh bercakap, dah lama dah dia marah marah aku sebab banyak sangat merepek dalam blog ni. Jadi blog , aku bersyukur sebab kau jadi pendengar aku yang paling setia dan tak pernah bersuara , auwww. Comel je blog ni. Kalau blog ni manusia , pastu dia lelaki , aku dah lama ajak dia kahwin agaknya. Banyak kali dah aku try try cium blog ni , mana tahu dia Putera BLOG dari kayangan yang cari seorang gadis untuk mencari permaisuri hatinya. Aku pun gadis woi. So mana lah tahu kalau aku kiss dia , dia bertukar jadi seorang putera raja yang sangat kacak. HAHAHA! Berangan doh aku! Tapi sorry , andai kata blog ni dah jadi manusia sekali pun , walaupun dia cakap dia tu putera blog , aku takkan sekali kali kahwin dengan dia. Kalau dia ajak aku kahwin , aku akan bagitahu dia , sorry kakanda ku putera blog , adinda seorang yang setia pada seorang jejaka yang pandai berjenaka. Adinda sangat setia pada ZIZAN wahai kakanda ku si putera blog. Tapi adinda rasa , kekanda patut lah jadi pengasas cool blog , mungkin kekanda mungkin akan digilai ramai. Maafkan adinda wahai kekanda. Adinda setia , tapi ada seperkara lagi yang adinda ingin sampaikan. Dengar ni kekanda. Ouh kekanda jangan iri hati dinda naik pangkat lagi. HAHAHAHA. Ahh , tibatiba masuk lagu kekanda adinda. Spoil betul.
SO korang korang semua ni , aku nak berterimakasih lah sebab korang baca blog aku ni. Aku tahu blog aku ni takda lah sesedap air CoolBlog tu , tapi aku rasa blog ni lagi enak dari coolblog tu. Nak nak kalau kau makan blog aku ni dengan sos tiram yang digaul bersama air sirap dan diletak kan dalam ketuhar selama 40 minit , kemudian kau campur lagi dengan lima biji telur unta , dan last sekali dihidangkan untuk makan bersama keluarga. Hahaha. Okay aku tahu aku merapu. Tapi kau tahu tak yang aku taktahu nak cakap pasal apa sekarang jadi aku merapu lah. Alaaah, kau semua ni macam lah tak kenal aku kan? Kau kenal aku kan? Cakap je lah kenal. HAHA. Aku tahu kau kenal aku kan? Gila tak kenal. Aku artis kot. International lagi. Alaa , setakat dekat Paris , New York tu orang sebut main main je nama aku. Hello. Kalau kau nak tahu , dekat Europe , nama aku diorang buat produk ikan dalam tin lagi. Bukan tu je , nama aku ni diorang letak nama produk kecantikan lagi. Emm , aku malas ah nak cakap banyak. Kang kau cakap aku gebang lah apa lah. So aku harap kau jangan lah tanya aku kenapa babyboy aku tu duk gilagilakan aku. Aku tahu aku tak selawa ETIKACHUMIL tu tapi aku lagi lawa. HAHAHA ! Aku pun dah nak jadi macam ETIKA tu dah. Duhh ! Tapi aku gurau je weh kalau dalam blog ni. Aku ni suka bergurau orang nya. Hihi *GelakGedik* Tapi yang aku pelik nya nama pompuan yang bajet lawa tu kemain ETIKA lah kononnya tapi dia sendiri takda etika berbudi bahasa. Phuii !
Err, kita malas ah nak mengumpat dalam blog ni. Kang pembaca aku turut mandapat dosa nya. Cukup lah kita bergurau senda , bercanda di tepian pantai sambil menikmati tiupan angin sepoi sepoi bahasa jepun ditemani oleh beberapa ekor kambing terbang dengan sayap pari pari sambil menari menari dengan lemah gemalai setelah mendengar nyanyian daripada beberapa ekor lembu dan kerbau. HAHAHAH! Okay try kau semua bayang keadaan tu. Bayang lah bayang. Okay kalau kau takdapat bayang sekarang , kau bayang lah esok dikala matahari berada diatas kepala kau , mudah sikit kau nampak bayang bayang tu. OMG ! Kejap. Baju aku dalam mesin basuh. Jap tau. Tunggu sekejap , duhai kasih kerana hujan masih renyai. Ewah............ Okay. IM coming *GayaAjibHantuKapcai* Ahh ampun. Aku pergi tengok apa jadi dekat kain aku dalam mesin basuh tu. Malam ni aku baik sangat tahu tak. Aku menghabiskan masa dengan melakukan benda benda yang berfaedah seperti memcuci baju , mengisi borang , menyidai baju , mengumpul setem , bermain dengan adik adik , makan , mandi , gosok gigi. Okay banyak sangat tu. Tapi kalau kau nak tahu lah kan aku memang baik hari hari. Itu fakta sebenarnya. Em em. Kau taktahu diam. Takyah nak bangkang sangat lah statement yang aku baik tu. Sukati aku nak letak statement ape sebab ni blog aku bukan blog kau. Takda pun share kau dalam blog ni.
Dah ah wei , aku senanya kan rasa macam banyak sangat aku merepek dalam blog ni. Takpa lah , nanti kau mesti merindui aku memandangkan aku takkan update blog aku sepanjang aku berada di politeknik ungku omar tu. Well , aku nak menikmati minggu suaikenal aku lah. Nak usha jejaka jejaka tampan untuk dijadikan anak ikan. Haa, nak cari ikan bandaraya yang boleh hidup didalam loji taik. HAHAHA. Auww. Tibatiba rasa rindu dekat bapak sazali. Haii bapak sazali , boleh kah saya jadi ibu tiri sazali , nanti boleh lah saya bagi dia calsium banyak banyak. We'll make sure dia tidak berpapa mama dengan Nora Danish lagi. ehem. Ouh tibatiba pula teringat dekat Bawang Goreng. Auww. Bawang Goreng , sudikah anda memperisterikan saya , Daun Bawang ? Eh kasar pulak bergurau. Mohon jangan simbah cat diruangan blog ni. Mohon mohon. Wa kaklong dan wa anak sulung, wa juga ada maklong dia kawin dengan wa punya paklong, wa nak mintak tolong bukan nak terpekik terlolong jadi tolong tahu yang wa taknak tolong. Takda kena mengena. Macam biasa lah. Haha. Okay kau semua diam boleh tak ? Aku nak buat pesanan ringkas dekat babyboy aku ni. Kau jangan ah baca eh ? Segan pulak aku. HAHA
Ehem. Babyboyyyyyyyy ~ Eh tak tak, i mean abang zizan. Lupa pulak babyboy cakap depan public jangan bising bising. Haha. So dear abang zizan , you know what , nanti ZizansTwitterFamily punya gathering kan , saya ada dekat Kelantan sebab masa tu tengah cuti tau. Kalau boleh lah kan , i mean if my mom bagi and ada transport nak pergi saya pergi. Eheh, abang pun pergilah kalau saya boleh pergi. Peminat dari jauh nak datang jumpa ni. Pastu kita boleh cover lagu bawaku pergi samasama. Nak tak? Nak lettew. Takyah buat muka malu malu bang. Saya tahu abang lama dah nak duet dengan saya kan? Bagitahu je bang. Takpa saya pemahaman. Haha! SO please , kalau abang datang and saya takdatang , ehem , jangan ah lupa kitaaa. Tolong lah. Hahaha. So so so , nak bagitahu abang zizan yang saya minat gila dekat abang. Okay saya tahu saya bukan BIG FAN abang tapi abang tahu tak yang saya janji saya akan jadi peminat yang setia. HAHA. Saya tunggu je abang sedar kewujudan saya tapi bila entah. Eheh. Tibatiba nak emo aku ni. So abang , please take a good care of yourself , kalau banyak job , bagi saya sikit. Takpa bang jangan risau , saya boleh gantikan , payment sama rata. Haha. Mohon jaga kotak suara anda , jangan sampai saya tukar kotak suara abang jadi kotak music. Tolong lah bang. Jaga kesihatan. Please please kamu jangan nakal. Aliff aziz pulak. Tibatiba. And and , boleh tak kalau jangan hyper active sangat ? Kang penat. Pastu jangan jerit jerit. Habis suara baru tahu. Bukan ada jual suara tu dekat kedai runcit ke kedai tayar ke kedai kasut ke. Hish ! Practise practise jugak jangan lupa makan minum mandi rehat. Okay dah. Haha. Jangan sakit macam hari tu :)
SO korang wa nak chiow dulu. Wa pi dulu. Jangan rindu aku boleh ? Semalam siapa entah yang call aku banyak kali cakap rindu. Menggangu betul lah kau ni. Aku tahu semorang rindu aku. Aku tahu tapi apakan daya , rindu ku hanya pada TUHANKU , RASULKU , IBUBAPAKU , SAHABATKU , DAN BABYBOY ku. Kalau kau rasa kau sahabat aku maknanya aku pun rindu kau. Alolo. Comel pulak aku kan. Mesti ramai yang nangis kalau aku habiskan penulisan aku ni Haha. Mengaku jelah. K dah. Nak out. Haha. Bye you olls ! Muah kiri muah kanan , muah dua dua belah. Hikhiks ! Bye babyboy , iloveyou :)
OMG ! Can you imagine atas riba dia tu was me yang tengah cerita bedtime story sampai lah aku yang tertidur. HAHA! Okay berangan.
No comments :
Post a Comment