Sesi Promosi Dan Iklan :D
Hi. Assalamualaikum. Ingin aku tegaskan disini yang aku senarnya takboleh tidur. Ah. Jujur ni jujur. Takboleh tidur. Kenapa entah. Emm. Berdasarkan gambar diatas lah kan. Berdasarkan gambar, bukan di dasar lautan, aku rasa orang yang tengah mimpi kan aku zizan kut. Emm. Aku dah agak lama dah. Memandangkan ramai sangat wartawan wartawan bagitau aku yang Zizan selalu mengigau panggil panggil nama aku. Aku rasa dia memang tengah mimpi kan aku sekarang. Agaknya dia memang dah taksabar nak kahwin dengan aku. Emm. Sorry babyboy. I bukan taknak kahwin dengan you. Tapi you ramai peminat, kalau kita kahwin, hilanglah peminat you. Tak hot lah you. I takpelah. Peminat i memang setia dengan i. I risau kalau you kahwin dengan i, I lagi hot dari you. I taknak jadi isteri derhaka. HAHAHA! Okay. Kalau zizan baca memang mati aku. Agak agak dia memang block aku dari TWITTER. Pastu aku masuk dalam MELODI. Wartawan tanya aku macam macam. Pastu nama aku makin naik. Pastu aku tibatiba je jadi artis. Haha. Okay tu tibatiba.
Hish! Jangan percaya ah gambar kat atas tu. Tak elok tau tak. Entah legend mana entah bagitau. Abaikan. So untuk pengetahuan kau semua yang tengah baca blog aku ni, aku memang takboleh tidur. Memang aku mengalami masalah nak tidur sekarang. Ahhh. Kenapa entah dengan mata aku. Plus aku ni unique sikit. Kalau tidur lewat aku bangun awal , kalau tidur awal bangun lewat. Eh jap. Pada pendapat kau semua lah kan, aku mengalami masalah mata ke masalah otak uh? Okay. Sapa nak bagi pendapat angkat hidung. Hamboih. Pandai main hidung dah aku sekarang. Lalalala~ Ah. Sukahati aku ah nak main apa. Hidung ke telinga ke badminton ke apa ke. Kau apa kisah. Blog aku ni. Bukan blog kau. Hish! Haa. Bercakap pasal permainan. Tadi aku main congkak dengan cousin aku. Hihi. Kau taknak tahu kan? Tapi sorry to say aku dah bagitau dah pun. Ahhh. Aku bosan tau tak aku bosan. Aku bosan bosan bosan. Kau bosan tak? Kau? Okay. Takyah jawab. Kalau nak jawab jugak, kau kena buat slogan, kemudian hantar ke alamat yang tertera di bawah. Lalalaa~
Weh weh weh. Tahu tak tahu tak, otak kambing tu saiznya berbeza dengan kereta Ferrari. Bijak tak aku? Tanpa buat kajian aku dah boleh tahu benda ni. Lalalalalalalala, kau melodi ku irama. HAHA! Takpasal pasal. Apa masalah aku merepek malam malam buta ni? Okay stop. Jom bercakap secara serius. Hmm. Aku senanya kan, nak mintak tolong kau semua ni haaaa. Alaaa. Boleh tak? Aku nak mintak tolong je kut. Emm. Aku nak mintak maaf pun yelah, setakat ni maaf tu banyak lagi dengan aku. Nak mintak duit pun duit aku banyak sangat. Sampai aku takdapat simpan duit dalam bank. Katannya dah over limit. Banyak sangat aku menabung. Hmm. Cenggini lah. Aku nak mintak tolong je. Tolong ah. Takkan lah aku kena menjerit "TOLONG ! TOLONG ! TOLONG ! " baru kau nak tolong. Alaa. TOlong lah. Please~ Okay sapa nak tolong aku sila bernafas guna hidung. Haa. Cepat! *tunggu respon semorang* Uuuuuu ~ Ramai nya orang bernafas guna hidung. Ramai nya orang nak tolong aku. Tewima kasih tau. Titeww wase tewhawu tangat. Ihiks!
Okay. Gua senanya nak mintak tolong lu orang vote kakasih hati gua. Eh bukan kaka. Kekasih hati gua. Tolong ah derr. Bila lagi lu nak tolong gangster macam gua. Bila lagi? Haaa. Nanti lu boleh ah gebang dekat kawan lu cakap lu tolong gangster. Kan nampak ganas tu. Tolong ah derr gua. Okay. Macam ni, lu tolong gua vote babyboy gua. Eh. Macam tak kena lah gangster ada babyboy. Okay. Back to normal. Tolong vote babyboy aku dekat Shout Awards. Alahai. Tolong lah. Kata sayang aku. Please *Buat Muka Comel* Okay macam ni. Sapa vote zizan, dia handsome dia comel, dia gorgeous, dia baik hati, dia warriors idaman ehem ehem. EH tibatiba pulak. HAHA. Tolong lah click dekat category category kat bawah ni. Pastu vote okay? ALLAH SWT je mampu balas jasa baik kau semua. Muah muah :*
Favourite TV Personality Award - Zizan Razak L6
Hot Guy Award - Zizan Razak Q6
Best On Screen Chemistry Award - Zizan Razak and Johan G6
Flava Award - Zizan Razak and Kaka Azraff D6
Haaa. Done. Vote la vote la. Hihi. Thankyou tau sebab vote. Aku bukan nak cakap apa, kalau kau nak vote tu, takyah banyak banyak pun takpa, sepuluh votes pun dah cukup bagi aku. Please. Jangan lah votes banyak banyak sempai seratus seribu, hmm, sepuluh votes sehari pun dah cukup. Tengok. Aku mana ada request lebih lebih. Haha. Ouh please. Tolong lah. TOlong gua derr. Tolong vote dia derr. Lu ada empat hari lagi derr. Ah. Tolong gua derr. Kalau lu taknak tolong gua, gua baling lu dengan kasut saiz lapan, boleh lu ambik, pakai buat pergi jalan jalan. Uuu. Ganas tak gua? Ganas tak? Kalau lu tak vote jugak, gua akan pastikan lu semua tidur pejam mata. Lu tengok ah betapa kejam nya gua. Gua rasa semua orang dah takut dah, jadi gua malas nak ugut macam macam. Sekarang lu orang vote je babyboy gua. Kalau tak, gua akan pastikan yang lu sendiri tak pasti apa yang patut lu orang pasti apa yang gua pastikan. Ah. Aku pening dengan ayat aku sendirik. Biasa ah tu. Normal.
So dah la merepek agaknya. Before that lah kan, tolong ah aku sikit. Boleh tak? Hmm. Benda ni serious. Bukan main main. Semua orang tahu yang pasal kekejaman Israel tu. Bodoh siaaaaaal! Sesungguhnya senjata orang ISLAM itu adalah DOA. Allah SWT itu Maha Mendengar. Doakanlah keselamatan saudara mara kita kat sana. Please everyone je yang baca blog ni, mungkin takramai tapi ALLAH SWT itu mendengar doa umatnya. Please, doakan mereka. TU je yang kita mampu buat. Hari ni hari mereka, mungkin esok lusa hari kita. Siapa tahu. So, doakan keselamatan mereka di GAZA. Doakan keamanan negara kita akan berkekalan. Insyallah. Amin.
Okay dah. Takyah nak emo sangat. Poyo je budak ni. Haha. TIbatiba. Okay dah sesi promo mem promo. Aku rasa nak tidur dah. emm emm. Tak rindu pun. Melayan perasaan jap. Okay dah. Jangan rindu aku. Tolong lah jangan rindu aku. Cukup lah abang zizan je yang rindu rindu aku. Lepas ni aku taknak lagi terima aduan daripada pengetua sekolah kau semua, yang mengatakan kau conteng nama aku dekat atas meja, dekat dinding dinding bangunan sekolah kau. Rindu aku pun agak agak lah. Tu vandalisme tu. Bala bala. Haha. K ah. Got to go.
Emm. To you abang zizan, tolong ah. Jaga diri, jaga kesihatan. Kerja kerja jugak, jangan ah sampai sakit. Kalau masuk wad macam hari tu, memang saya pergi jumpa abang, saya jaga abang. Eh? Boleh cenggitu. Ah. Takboleh. Sweet sangat. Kang jealous pulak orang lain. Harharhar. Kalau orang lain jealous takpa lagi, jangan Kak Marina yang jealous sudah. Haha. Eh tibatiba kaitkan nama kak marina. Alaa. Rilek. Katanya abang zizan, kak marina manager kontroversi. HAHAHAHA!
Okay dah. Bye! Assalamualaikum. Muah kiri muah kanan, muah dua dua belah. Bagai pinang dibelah dua. Tibatiba. Okay. Keluar dari blog aku sekarang. Keluar. Haha. Bye :*
Okay jap babyboy. I ontheway nak pergi dekat you lah ni. Orang update blog kejap dah bising. Dah dah. Takyah call i. I ontheway. HAHA! Handsome pulak kau bang. Hish. Geram ah aku.
No comments :
Post a Comment