I'm Gorgeous *takda kaitan*
Haii. Assalamualaikum. Dengan muka yang sangat meletop pung pang pung pang bedebab , aku datang update blog. Tapi gambar dekat atas tu gimmick je weh. Sah sah muka makcik dekat atas ni taksama dengan aku. hmm. Aku lagi lawa. K. aku tahu. hah. Sapa marah aku panggil dia makcik? Elok lah tu aku panggil makcik, kalau aku panggil pakcik, heboh pulak cakap aku rabun. Kecoh satu MALAYSIA. Makin hot ah aku kat sini. Yelah. Aku ni takda lah Pan Asia sangat. Tu yang abang zizan tak pandang aku. Dia tenung je. Kan lain bunyinya. Jealous lah tu. LALALA
So berbalik kepada topic asal kita. Hmm. Macam biasa aku memang takda topic nak update. Eh. Sukahati aku ah. Blog aku. Nak sukahati kau buat ah dekat blog kau. Aku rasa macam semalam aku tak merepek banyak. MALAM ni aku merepek banyak lah Bosan siaaa. Kau tahu tak, lately aku macam bosan gila. Tahu tak Bosan? Taktahu? Okay sapa nak tahu bosan tu apa cepat pandang screen laptop ataupun phone *buat muka menunggu yang comel macam aku* EH? HAHAHA! Uuuu. Ramai nya orang taktahu. Okay bosan ni adalah sejenis molecule yang bergerak secara aktif dalam makanan dan apabila makanan itu dimakan, ia akan bergerak aktif dalam tubuh badan kita dan terus mengakibatkan kita rasa seolah olah hendak menyanyi lagu wonderpets ataupun lagu Dora The Explorer. Dan molecule ini tidak boleh dicampur dengan molecule dalam kuih ketayap dimana molecule molecule itu adalah berlainan. Okay. Faham tak semua? Okay sapa takfaham sila ambik buku nota, rebus dalam air sabun, minum.
Ergh! Haa. Bosan bosan bosan. emm. Sapa nak cakap dengan aku? Sapa sapa? Okay takda. Zizan? Hmm. Memang tak lah dia nak cakap dengan aku. Selalu dia nyanyi je dekat aku. Aku malas ah nak bising bising kang ramai pulak yang jealous. Aku malas nak gaduh sebab dia. Hmm Okay off topic. HAHA. jangan marah bang. Kite gurau. Chak! Haaa alaa comel bergurau.. Chak! Eee comel nyaa *masuk bakul angkat sendiri* Pandai je bergurau dengan abang zizan. Dengan orang lain memang tak nak bergurau. HAHA. Weh kau semua tengah buat apa? Makan dah? Okay diam. Nak cakap , cakap dekat blog sendiri. Ni blog i, i je yang cakap. Har har har! Eh. Bosan ni bosan. Taktahu nak buat apa ni haaa. Taktau. Kau tahu tak? Okay. Kau. Jawab soalan aku. Tahu tak nak buat apa bila bosan? Hmm.. Main layang layang? Apa kau merepek ni *baling cicak*
Hmm. Bercakap secara serius nak tak? Okay. Jom buat muka serious. Senanya kan aku macam rindu geng pbs aku. Rindu sangat weh the moment kitorang pergi S.U.M.E camp . Before pergi sana, S.U.M.E stand for Semuanya Untuk Mereka yang Extreme. Tapi bila balik, S.U.M.E stand for Syurga Untuk Mereka Enjoy. You know what. Best sangat pergi camp tu. Walaupun tiga puluh orang je join. Tu ah first time kenal diorang. Kau bayang ah pergi camp dengan strangers tapi at last rapat gila gila gila. Homai. Pastu rindu jugak aktivit yang buat dengan diorang. yeah. Program yang kitorang buat tu untuk kumpul dana. Berjaya. And duit yang kitorang dapat tu, kitorang guna untuk majlis graduate kitorang. Puas hati sebab tu duit yang kitorang usahakan. Lepas gradute, semua orang berpecah. emm. Korang, tahu tak aku rindu? Tahu tak? Boleh tak be together balik? Aku rindu. Boleh tak jadi macam dulu? Ouh tolong lah.. K k k . Dah dah. Takmo takmo. Tetiba emo. CIss cake tau ciss cake!
Gua brutal derr. Gua mana boleh emo. Gua tak main emo emo ni tapi kalau masuk habuk dalam mata gua, gua letak eyemo. Lu ada? Kalau lu takda, you kena beli. Ahah! Gua promo. Dapat lah subsidi eyemo kejap lagi. Ahh. Sudah. Yang pentiing gua takboleh emo. Gua brutal. Abang zizan ja boleh meluluhkan hati gua. HAHA! Merepek siot aku malam malam buta ni. eh jap jap. Kesian malam buta. Ni mesti sebab masa dia kecik kecik dia rabun. Malam malam. Malang tak berbau malam. Malam, kau bawalah rinduku untuk dirinya yang jauh dariku. Agar dia tahu ku tersiksa tanpa cinta dia dihatiku. LALALALA~ Ombak rindu pulak malam malam ni. Dah tu nak ombak apa? Takyah nak lebih lebih. Kasi ongbak baru tahu. k ah. Daripada aku merepek banyak banyak baik aku pergi baca buku. ahh. Mengisi masa lapang dengan benda yang berfaedah orang kata. Haha. Kononnya at last mengadap twitter je aku. Biasa ah.
Ehem. Ni untuk abang zizan. Orang lain jangan sibuk baca. Siapa baca , aku lawa. Hmm. Baca ah baca. Haha. So abang zizan, tahu tak kita rindu senanya. Dah lama abang tak cakap iloveyou dekat kita. Dah lama abang tak wish birthday kita. Dah lama abang tak ajak kita keluar makan. Hmm. Dah 18 tahun dah abang tak buat semua tu. eh? Haha. Gurau ah. Aku hidup baru lapan belas tahun bang. Em em. Senanya kan, kita nak bagitahu abang yang battery phone takboleh nak letak dalam battery torch light nanti phone kita jadi takda battery. Hmm. Pastu kita nak cakap tahniah ! Tahniah la kalau abang menang shoutawards ! Ahh Kita tahu abang mesti menang okay. So tahniah! You are the best. Don't forget me! Okay saya tahu abang takkan lupa saya. Kenal pun tidak. HAHA. No matter what , tahniah! Okay! Macam biasa saya orang first cakap tahniah dekat abang. yeayy! Tahniah and tahniah. TAHNIAH to kak Marina jugak . Eh sorry. Kak marina Juki sebab anak buah akak menang. Auww auww. Sila jaga abang zizan elok elok. Tolong lah kak. Kang daripada MLM nak pergi shoutawards tu suruh lah driver yang bawak abang pergi sana drive elok elok. Tolong lah . TOLONG LAH ! K? Thankyou. ME LOVES YOU ABANG ZIZAN. Sayang kak marina jugak.. Eh? Bajet diorang baca lagi. Ah. Takpa weh. Berangan takpa. Biar mimpi sampai ke bintang .HAHA!
Okay dah. Speech dekat babyboy aku habis dah.. HAHA. Sekarang nak publish. Haha. Jap. Nak cakap thankyou dekat dua orang adik.. Budak melaka @hannahananie sebab selalu cari pasal dengan aku. Aku sayang kau dik. HAHA. Tak whatsapp dengan kau macam boring gila weh HAHA. And thanks to budak Perak @aunirozmi sebab bagi video comel tu. Haha. Kalau adik pakai tudung lama dah akak letak dalam blog ni haaaa. Sayang adik jugak. Gilaa Best ah budak melaka dengan budak perak ni. HAHA. K ah. Orang lain pun best jugak what.. Orang yang tanya soalan dekat aku dekat ask.fm pun best okay. HAHA. Thanks semua. K ah. Byee ! Doakan aku dapat jumpa babyboy aku. Doakan ada rezeki aku nak jumpa dia. Hihi. Thanks. Assalamualaikum :) Takjawab dosa jawab gatal. .eh? Gurau. Ayat mat greng tu. Kbye. Chiow!
Last. Jangan lupa dengar lagu BAKTI dekat youtube. Lagu baru abang zizan kite. HAHA. Yang part last sekali tu dia cakap, "ikhlas dari hati saya, zizan razak" . Kau semua jangan cair. Dia cakap dekat aku tu. HAHAH. Kbye!
No comments :
Post a Comment