. Saya Gila Kawad . Anda Bagaimana ?
pheww ~ letih gila jadi aku . berpeluh . update blog . baru balik dari sekolah . and semua orang cakap , gila apa kau pegi sekolah malam malam ? inilah yang orang cakap terlampau cintakan sekolah . aku sepatutnya jadi pengerusi kelab pencinta sekolah . kalau lah ade kan . okay . malam ni letih . so aku akan bercakap secara serious . aku nak semua orang berdiri tegak . duduk dalam keadaan senang diri ( takda kaitan )
meh mau story sikit . what happen dalam beberapa hari ni . dimana aku takda masa untuk diri aku sendiri . before pegi camping hari tu spend a few weeks dekat sekolah semata mata nak ajar kawad . then pergi hari hari kat sekolah . malam pegi jugak . tengok budak menari . yeah . tengok they all practise . sebab laptop yang digunakan tu laptop aku . so pergi camping tiga hari . balik hari khamis . jumaat tu rehat kat rumah belah pagi . petang pegi meeting pbs . sabtu iaitu hari ni pegi driving class belah pagi . petang ke sekolah . then malam ke sekolah again . gila . sangat letih .
motif ke sekolah hari ni memang takda benda lain lah kan . ajar bebudak kawad . yeah . kawad irama . again and again . and alhamdullillah . semua step berjaya disiapkan . esok , nak kemaskan . lusa deorang bertanding . ouh memang gila . and planning nya aku dengan koman nak tidur sekolah jugak . i mean join camping tu lah kan . well . aku ni memang bab bab menyibuk lah . takda benda lain dah . sampai budak sekolah dah memang bosan sial macam aku . tapi kan . aku tak kesah sebesar kuman baru dilahirkan pon . sikit pon tak .
aku tau diorang bukan bosan sangat dengan aku sebenarnya . tapi diorang jealous . yelah kan . artist pegi sekolah . dah sah sah ramai yang serbu aku en . diorang tu jealous la tu . aku tau lah . parents diorang call aku cakap macam tu . ramai jugak parents yang call aku cakap anak anak diorang memang jealous dengan aku . tapi nak buat macam mana . semua ni sebab peminat yang terlampau obses mengagung agungkan aku . aku tau aku hebat . tapi takyah lah sanjung aku en . okay jap . apsal muka kau macam sakit hati . macam jealous . okay okay . kalau kau jealous dengan aku . boleh lah perlahan lahan kau ambik pisau potong kek secret recipe , kau calarkan screen lappy kau . takpa . nanti aku beli lain .
kawad irama success . cuma masalah sekarang . masa tak cukup . terlebih . antara lagu yang aku buat . dirty bit . maahi ve . saxobeat . ( biarlah rahsia ) . i wanna go . desa tercinta . move like jagger . takda lah gempak macam orang lain . tapi yelah . dua minggu je kot kami berlatih . and just imagine . belajar formasi tiga empat hari je . so memang berterabur lah kan . bunyik diorang hentak pon dah macam tahi lembu cantik . tapi memang adat budak pbsm sekolah aku , time practise memang main main . time brtanding mula lah gelabah semacam . taktau lah this year jadi macam mana . memang setiap tahun pbsm menang wei . and harapnya menang lagi tahun ni . tapi kalau tak menang pon okay . bagi pulak orang lain peluang kan ?
so sangat letih . letih camping tak habis lagi . sambung dengan letih ajar kawad . dan saya melakukan segalanya dengan sukarela okay . insyallah :) sebab apa ? sebab saya sayang PBSMM . selamanya PBSMM . auwww ! so now . sudah mengupdate blog . nak pegi mandi . then tidur kot . besok ade driving class lagi . rabu ni test . wish me luck everyone . doakan jpj yang test aku tu baik . amin . and doakan aku takde mengalami masalah masa nak drive tu . and sehari before tu . aliya , buddy aku yang test . doakan dia lulus jugak . and hari yang sama dengan aku , buddy lagi satu pon test jugak . koman :) doakan beliau lulus . yeah . doakan kami lulus weii . amin amin amin :)
nak out . muah kiri muah kanan . muah dua dua belah . toodles ! papai :3 btway . macam biasa tajuk entry tak sama dengan isi nya . enjoy . herherher :P
No comments :
Post a Comment