HAI AWAK AWAK . mengupdate belog time . setelah aku habiskan semangkuk MAGGI yang sangat enak dimasak sendiri . hello . aku bukan takda bibik . nama lagi anak TAN SRI kan . memang la ade bibik . tapi taknak kejutkan dia . kesian dia . lagipun dah lewat sangat dah ni . taksampai hati lah aku en . aku ni artis yang berperikemanusiaan . nampak je hot cenggini tapi aku baikk . ni la yang orang cakap taklupa daratan an .
okay now . kita lupakan jap dunia artis aku yang meletup letup tu an . aku tibatiba teringat zaman mudamuda dulu . attention attention . sekarang ni aku bukan tua sangat tapi lebih tua dari dulu lah . aku teringat dunia main main aku actually . betapa banyak nya aku main main kat sekolah dulu . gila betul aku . and aku lagi banyak main main masa aku form 5 . so . kita pegi satu satu lah yea . but before that . ingin aku tegaskan kat sini yang ENTRY NIH AGAK MEMBORINGKAN . KALAU TAKNAK BACA BOLEH GERAKKAN CURSOR TINKERBELL AKU KE BAHAGIAN ATAS HUJUNH SEKALI BELAH KANAN . ADA TANDA 'X' . AHH . TEKAN SITU LA KALAU TAKNAK BACA YEA . KBHAIII .
so dengan sopan santun nya kite pegi satu satu lah yea . tapi jap . nak bagitau jawatan jawatan aku last year nih . sorry to say . last year aku sangat lah gila kuasa . yela . orang gila sijil . at last sijil hilang entah kemana . bengang sial aku . kalau kau taknak baca pasal jawatan aku ni boleh terus kebawah la . so . kita start dari awal tahun lah yea . mula mula masuk kelas , hari first sekolah aku dah nangis . kau tau kenapa ? sebab aku still homesick . last year aku first time duk hostel . hari first masuk hostel dah nangis . then pegi sekolah , nangis kat sekolah pulak . pastu orang sibuk nak carik ketua tingkatan an . last two year aku dah jadik ketua dah . oleh kerana ahli kelas aku takberubah orangnya , maka aku telah menjadi gila kuasa . aku sekali lagi jadik ketua tingkatan . satu jawatan dah dapat .
merujuk gambar diatas :
#Abaikan muka aku yang hot tu
#Focus pada lace biru yang kat tudung tu
#Focus pada lace biru yang kat tudung tu
#Lace biru kat tudung buktikan aku ni ketua
#Menjalankan tugas , wakil kelas naikk stage ambik hadiah dari Bekas Pkhem
#Menjalankan tugas , wakil kelas naikk stage ambik hadiah dari Bekas Pkhem
seminggu kemudian our beloved PKKO told that , ade meeting untuk KOKURIKULUM , where kita kena pilih nak masuk apa lah kan . terbahagi kepada tiga which is BADAN BERUNIFORM , KELAB PERSATUAN and SUKAN PERMAINAN
for BADAN BERUNIFORM , since form 1 lagi aku dah join BULAN SABIT MERAH MALAYSIA ( BSMM ) . tanpa ragu ragu , untuk 5 tahun aku masih setia dengan BSMM eventhough masa form 4 aku murtad badan beruniform sebab aku pegi camping BOMBA . sorry mummy eidah . sampai sekarang kot dia taktau aku pegi camping bomba sebab kawan aku pandai simpan rahsia . herherher . so , pegi meeting BSMM . kalau BSMM ni , tkyah vote ke hape nak dapat jawatan tu . our teacher yang atur everything . so . dia kasi aku jawatan KETUA PLATUN yang juga merupakan KOMANDER . wuhoo . engkau ada ?
SO , JAWATAN TERKUMPUL : DUA
meeting next untuk KELAB PERSATUAN . dan aku mengambil langkah bijak , dengan perasaan bangga budak kelas engineering , aku join KELAB ROBOTIK DAN FORMULA ONE . nampak tak gempaknya nama kelab tu . so . macam kelab lain . we have to vote lah kan sapa nak jadik pengerusi . ade budak suggest aku . then beberapa orang vote aku dan menjadikan ianya majoriti . #ApeAkuMengarutNi# . maka aku jadik pengerusi . haa . nampak tak gila kuasa kat situ .
SO , JAWATAN TERKUMPUL : TIGA
SO , JAWATAN TERKUMPUL : TIGA
pastu pastu pegi meeting SUKAN PERMAINAN . dengan langkah bijak jugak , aku melangkah join KELAB BADMINTON . mula mula ragu ragu . nak join BOWLING ke BADMINTON . olehkerana BOWLING ramai gila aku join BADMINTON lah . dengan menggunakan cara yang sama , undi lah untuk pilih mereka yang berkuasa . tapi undi pon based on kepakaran orang tu main badminton lah an . aku tak terer sangat pun . tapi setakat LEE CHONG WEI tu , harihari dia kalah dengan aku . tapi aku takjadik pengerusi pon . aku mampu kebas jawatan AJK TINGKATAN je . AJK FORM 5 . okay lah tu kan untuk orang yang gila kuasa macam aku ni .
SO , JAWATAN TERKUMPUL : EMPAT
pastu PKKO cakap lagi . next day , ade meeting untuk RUMAH SUKAN pulak . kalau RUMAH SUKAN ni kita takpayah pilih lah kan sebab cikgu dah tetapkan rumah sukan kita . so , aku sejak dari form 1 lagi aku setia dengan CAMELIA . takpernah murtad . bytheway , sekolah aku ade empat RUMAH sukan : CAMELIA , ALLAMANDA , EVERGREEN , JACARANDA . ade empat kaler semua tu . dan aku kaler merah . berani gila kan warna merah ? dah la garang macam angry bird . so pegi je meeting tu , aku takde lah confident sangat aku boleh jadi pengerusi sebab ada orang nak bersaing dengan aku masa tu . orang tu nak jugak jadik pengerusi . aku diam je la an . dia pandai cari pengikut . tu yang aku tak confident sangat boleh jadik pengerusi . aku memang dia je la . tapi when cikgu tanya sapa boleh jadi pengerusi . a few budak sebut nama aku , then sebut nama orang orang lain . aku tak kesah . bersaing secara sehat lah kan . tapi at last , cikgu datin pon dengan tenang nye cakap dekat guru ketua rumah tu , pengerusi amirah auni . cikgu yang suruh okay . and majoriti kanak kanak menyokong . ada jugak yang tak sokong . actually , cikgu datin tu berani bagi jawatan tu kat aku last year sebab last two year aku dah jadik naib pengerusi . tapi semua keje aku buat . masa aku jadi naib pengerusi tu kan , aku lagi busy dari pengerusi . maknanya aku dah dilatih lebih awal untuk handle kes kes besar . maka dengan beraninya cikgu datin kasi aku jawatan tu . herherher . aku pon bangga gila lah kan . sebab bagi aku , jadi pengerusi rumah sukan ni macam hebat gila . dah la aku ni gila kuasa . seronok doe jadi gila kuasa . rasa puas hati bila dapat jawatan banyak banyak .
SO , JAWATAN TERKUMPUL : LIMA
bagi aku lima jawatan tu dah kire okay dah . macam menarik lah kan . herherher . ohmaii . gila kuasa sial aku . dah la poyo kan . perasan gila pulak tu . tapi ade aku kesah ? hello . untuk masa depan kot jawatan ni . dapat sijil . markah KO kau pun tinggi kalau kau banyak jawatan . tu yang aku macam gile semacam je . so , kite teruskan lagi perbincangan dengan aktiviti sepanjang tahun aku . start dari awal lah yea . tapi aku tak ingat sangat ni . lantak lahh . so , ....
AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2011
CAMPING PBSMM CAWANGAN KOTA BHARU
camping ni beberapa orang budak form five je yang join . aku salah satu nya lah . aku gila camping so semua camping aku join . aku join camping ni then aku jadi ahli tarian untuk malam kebudayaan . aku menari . kau kena pecaye tu doe . sila percaya . herherher . pastu sepanjang camping ni , jujur aku cakap aku semakin dikenali lah . sebab fasilitator ramai yang kenal aku an . pagi pagi facy yang kat atas stage mesti panggil aku suruh lead exercise pagi . nama aku kerap jugak lah dipanggil . siap suruh ajar poco poco lagi . pheww . tapi menarik jugak orang kenal ni . atleast , bila kita berseorangan orang kenal kita , orang tegur kita . so , bila kita ditegur , kite akan kawan lah dengan orang yang tegur kita tu . so , best ape cenggitu . senang je dapat kawan . so , thanks lah kepada kakak kakak serta abang abang facy sebab dah promosikan aku . --'
: LIMAPULUH ORANG SEMUANYA :
: MAINMAIN . YANG DIKENDONG ITU DINDA AKU :
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD
lepas join camping PPDKB tu , aku rest kejap pastu dengar cikgu nak carik atlet sekolah an . aku pon join lah . maka terpilih lalu cikgu suruh aku masuk acara 4 X 400M dengan 400M . kau tau tak jauh tu kena lari . dengan aku yang takpenah lari pakai kasut spyke . tibatiba kena lari dengan spyke . ohmaii . selalu aku main kejar kejar dengan kawan aku takda la pakai spyke an . janggal lah rasa . tapi seperti yang dijangkakan , bertanding tu dapat letih . takdapat apa apa pon . gila engkau nak lari dengan cina cina yang kaki panjang tu . memang tak la kan . aku redha je la kalah . sebab memang dah agak kalah an . tapi the best part is , aku jadik rapat dengan orang yang tak penah aku rapat . jadi rapat gila . susah senang sekali . sampai aku tangguhkan niat aku nak keluar asrama sebab tak sanggup berpisah dengan diorang . sejati betul aku an ? takdapat trofi , tapi dapat sebuah persahabatan yang sangat rapat . okay lah kann ?
: SAYARINDUMEREKA :
#MukaHangusSebabKenaPanas.SilaAbaikan#
: TERBAIK BOBOIBOY :
ORIENTASI AHLI PBSMM TINGKATAN SATU
aku malas banyak cakap . tapi nak dipendekkan cerita , kitorang bawak budak budak form one pegi trip dekat tepi pantai . and then main main main . aku jadi facy pastu aku regging budak budak yang pergi tu . best gila :')
: FACILITATORS :
: THE BEBUDAK :
PERKHEMAHAN SUKARELAWAN DAN BELIA PERINGKAT ANTARABANGSA (SUKBEL)
haaa . ni camp yang memang gempak gila . kau tengok lah peringakat apa tu . antarabangsa doe . aku tau orang lain pun pegi camp antarabangsa jugak . tapi takpa la . aku nak bangga siked . whoaa . best gila camping ni . and budak form five yang join dua orang ja . aku dengan didy . tapi masa camp tu aku lepak dengan geng tarian aku ja . siap pilih card nak duduk satu grup . best la kan camp nih sebab ade orang luar . mamat korea , jepun , bangla semua ada . kau pilih ja . and camping ni aku join tarian jugak .
: BELIAU GROUP F MACAM KITE :
: KONTIJEN KELANTAN :
: OUH . KESAYANGAN :
: MY DINDA . MY BUDDY :
: MEREKA TERGORGEOUS :
PERTANDINGAN BOLA JARING & MERENTAS DESA
aku join dua dua aktiviti kat atas . masuk bola jaring . merentas desa pon masuk sebab dia buat hari lain lain . herherher . saje je nak kasi suspen letak sekali . aku dah cakap aku gila kuasa an . so semua benda aku masuk . wakil rumah sukan je kut . pastu merentas desa tu memang semua orang kena masuk an . so , aku ni gila berlari sikit . so , aku berlari lari lari ke langit . lari punya lari , dapat nombor sepuluh . err . okay lah tu kan . sebab merentas desa ni jauh . dengan tubuh aku yang memang sekeping je ni . wajar lah dapat nombor sepuluh tu . bukan main besungguh aku lari . aku bayang abangtigahari aku kat depan . pastu dia lari dari aku . so , aku kejar lah sekuat hati nak kejap abangtigahari aku tu . muahaha ! aku gurau ja . aku takda bayang lah semua tu . aku cool ja masa berlari . siap makan nasik lagi masa lari tu .
: BOLA JARING :
: HAMPER AKU ADE SATU DEPAN CIKGU TU :
: CAMELIA NOMBOR SATU :
KEJOHANAN OLAHRAGA SMK ZAINAB 1
nak sampai kejohanan olahraga ni an , terseksa otak aku . betul ni . kejohanan ni bulan tujuh . dekat sangat dengan trial . sangat dekat . and aku handle semua benda tapi nak aku highlightkan kat sini , aku dibantu oleh kawan kawan tersayang . dan jugak junior junior yang baik hati . ouh before that , aku dah paksa semua budak kelas aku join CAMELIA . sebab nak menyenagkan lagi kerja aku . lagipun memang dah ramai budak kelas aku yang memang dah camelia . aku cuma ajak beberapa orang je join . jadi senang lah kejenye . kau bayang la en , dekat nak sampai kejohanan olahraga tu memang kitorang sepahkan kelas dengan barang barang nak buat maskot . nak buat hias khemah . sampai orang cakap kelas aku tu kelas CAMELIA sebab banyak sangat barang camelia . memang sepah la . dan aku bangga bila budak kelas aku semua nye rajin tolong aku . yang tu urus maskot . yang tu urus khemah . aku macam proud lah kan . dan alhamdullillah aku ade junior yang memang sanggup tolong aku . ambik buluh . tolong atlet training . ajar budak kawad lagi . tolong aku control emosi aku lagi . aku taktau kenapa banyak pihak takpuas hati dengan camelia ni . samapi diorang mengata macam macam . gila . nasib baik anak buah aku cool macam aku . herherher . aku ada join dua acara which is 4 X 400 and LOMPAT TINGGI . guess what , aku baru sedar yang aku boleh main LOMPAT TINGGI . pastu aku jadi komander kawad . kita punya tema daun terup . where our maskot is king , queen and joker . and overall alhamdullillah . kitorang juara . yess . we are . champion of the year . dan aku sebagai pengerusi memang bangga gila lah kan :)
: CHAMPION OF THE YEAR :
: TROFI . HAMPER . KING :
: ISTANA DAUN TERUP :
: ISTANA SEPARUH SIAP :
: SEMUA YANG DUK KAT SITU MY CLASSMATE AND JUNIOR :
: SEMUA YANG DUK KAT SITU MY CLASSMATE AND JUNIOR :
: RAJA PERMAISURI DIKAWAL KETAT :
: BUDAK KAWAD YANG MACHO :
: HERE COMES OUR MASCOTS :
: JOKER . QUEEN . KING . SICOMEL :
: DAN KAMI NOMBOR SATU :
PERTANDINGAN KAWAD KAKI KEPUTERAAN
haa . yang ni kerja paling gila aku buat . kau tau tak pertandingan tu hari jumaat dua hari before SPM . bertanding jumaat , isnin SPM . fuuu ~ semua orang marah aku sebab buat keje gila tu . petang petang orang stayback study , aku dok train budak kawad . masa bertanding tu , abang askar tu dok sebelah aku , dia tanya aku form berapa . aku cakap la form five . dengan bangangnya dia cakap " oo . ni nak kecundang dalam spm la ni hari ni duk kat sini lagi . orang lain baca buku kau duk sini kawad . soalan nombor satu mesti dia tanya berapa kali kah abang askar marah saya . macam tu ke ? " bangang gila soalan dan ayat pakcik askar tu . aku geram nak cekik dia . tapi takpa la . aku masuk pun sebab takde comander . aku join la . kesian budak budak kalau nak dipaksa jadi comander . and . that is the last activity aku buat . lepas tu focus on SPM :) btway kami kalah . tapi takpa . puas hati :)
: HANDSOME KITE KAT DEPAN SEKALI TU :
okayy . dengan berakhirnya semua tu tadi . berakhirlah laporan aktiviti aku tahun lepas . #SpeechPerhimpunan# . okay now . aku nak mintak maaf lah kan sebab aku tau entry nih dah la panjang gila an . pastu boring gila an . tapi , sejak bila aku kesah benda benda cenggitu an . kalau kau nak baca kau baca . kalau taknak takyah banyak songeh . aku dah bagi warning an kat atas tu tadi . sejujurnya , aku rindu gila semua diatas . kalau dekat U memang tak lah kan nak buat benda cenggini . ohmai . rindu . herherher
eh . poyo gila aku an ? tunjuk hebat diri sendiri . eh . sukahati aku la weii . blog aku . lantak aku lah an ? kau kesah apa . phuii ! now . i want to sleep . quite sleepy act . its 5 AM . too late . nite peeps . muah kiri muah kanan . toodles ! bye !
and to you ABEI
No comments :
Post a Comment