BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Friday, 18 July 2014

After a year...

Well hello everyone. Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirahim. Hehe sorry for such a long time tidak menjengah haha gua acah acah busy. In fact ada lah busy. Kalau tk busy pun macam penat tau cerita dia. Lepas tu entah kenapa balik rumah je rasa malas nak bukak laptop. Sbb dekat office satu hari dah buka laptop. Ok. Im not going to talk about laptop tonight. Haha tapi nak cakap ni pun update pakai phone je. So kalau entry ni nampak selekeh maaf la pasal tkda tempat nak edit font ke apa ke so aku redha jelah apa jadi dekat entry ni haha 

Lepas tu ni pun update ni pasal rasa excited gila nak update. There is something that I want to share with my dear readers. Hek eleh acah acah ada readers je. Kah! Ok tak kira lah. Nak update juga. Nak share juga! *hentak kaki* 

So sebenaqnya semalam aku jumpa babyboy. Ya Allah rasanya macam dah lama sangat aku tak update pasal babyboy sendiri. Nak update cemana dah lama tak jumpa. Betul betul setahun tak jumpa. Fuhh. Bayangkan lah ( tk bayang pun tkpa ) Last time jumpa abang zizan Ramadhan tahun lepas. Masatu recording Fuyoo Raya Zizan.  Bulan Ramadhan masa tu. Then dah tak jumpa dah. 




Okay. Ni gambar last sekali jumpa babyboy. Lepastu tak ada dah. Duk repost gambaq gambaq lama. Haha kadang kadang rasa rindu tau. Tu yang duk repost gambaq lama. Bukannya sebab tk move on haha 

Ok la. Nak share sikit cemana boleh jumpa. Senanya macam gini. Since abang zizan dah jadi duta jakel duk promo baju melayu zizan razak, so he visit lah most of jakel punya cawangan ni even in kelantan. So aku punya eksaited macam beghuk dapat minum air coke lah bila tau babyboy nak datang kelantan. Hangpa tau dak aku punya eksaited tu cemana? Feeling dia macam hangpa dapat straight a's dalam spm. Lepaihtu hangpa masuk U hangpa boleh four flat je. Walaupun aku tk penah ghasa feeling tu tapi aku nak korang ghasa betapa eksaited nya aku hahaha 

Lepastu mula mula ztf update yang abang zizan is coming on 15 july which is hari selasa. Aku dah eksaited lah sbb dh confirm dapat pergi sbb masa tu cuti. So dah cari kak Nano pasal Kak Nano lah satu satunya ztf kelantan yang kenal aku ni ha. Kak Nano pun macam boleh pergi aku punya eksaited double lah kan. Then janji punya janji tibatiba postpone hari khamis. And i was like 

'Alamak! Hari kerja! Balik pukul 2.30!' 

Down gila babe pasal takut tk boleh jumpa. Yelah. Since dah praktikal ni lebih komited terhadap kerja lah kan walaupun aku ni watak picisan je. Kah! Then aku ni macam sedih sedih lah kan pasal taktahu cemana nak jumpa pasal abang zizan nak datang pukul 12.30 sampai 2.30. At first ingat nak keluar masa rehat pukul 1 smpai pukul 2 tu tp takut tk sempat sampai office pula sbb jalan memang jem . Memang buntu and I finally ada lah rasa give up tau sbb tk boleh nak buat apa dah. Takkan nak ponteng kerja. No good lah. 

Then rabu pi office cerita lah dekat kakak kakak dekat office pasal minat abang zizan segala bagai kan. Aku kalau dah bukak ceghita A sampai Z aku ceghita haha I can't control myself when it comes to abang zizan part tau. Cerita pasal abang zizan aku mana pernah calm. Melebih je pasal aku punya minat kau saja boleh rasa. Cerita kita berdua. Eh tu lagu. Ok apa apa jelah haha 

Lepastu alhamdullillah sangat sangat I have such a very very understanding kakak kakak where they ask me to go out earlier lah sbb they understand how I adore abang zizan kan. Ya Allah masatu bersyukur gila. Then hari khamis aku pepagi lagi dah eksaited nak mampus. Tkboleh duk diam. Yelah. Eksaited. Tk jumpa setahun. Lama tu hoi! Tapi at the same time ada juga rasa risau takut takut ada yang menghalang sampai tak ada rezeki nak jumpa ke apa kan. Masatu harap ada rezeki nak jumpa dia. Harap sangat lah kan. And alhamdullillah everything went well. Kak nano and her mom dah sampai dulu so aku pun keluar lah dari office. 

So I drove my car pergi Damansara, Tommy kata maybe you tgk bola tapi bila I sampai you tak ada lagilah I jadi gila. But that is not my case. Tu lagu Zee Avi. Aku punya cerita, I drove my car pergi Jakel Kubang Kerian. Kak Nano was there with her mom and aku tk sempat nak jadi gila haha tapi almost gila pusing jakel pasal takdaq parking. Banyak kali juga pusing. Lepastu cari cari kak nano jumpa. Alhamdullillah. Syukur. Rasa selamat dah jumpa kak nano. Eh? Macam terancam noh bunyi dia haha 


Ni dia kak nano yang lawa nak mampus. And look kalau dah ada muka aku tu memang selekeh. Aku dan selekeh berpisah tiada hm. Yeayyy jumpa kak nano. Dah lama tkjumpa. Terubat rindu! Kak nano help me a lot jumpa babyboy gua. thanks kak nano. Me love you! 

Hm then tunggu abang zizan datang. Masatu dah risau dah tgk ramai orang dah datang. Bukan kenapa sbb gua ni kecik jadi gua takut kena pijak pasal peminat abang yang serbu tu boleh tahan ramai. Babyboy sampai semua dah serbu and I was like hm redha lah kalau tk dapat jumpa ambik gambar pun. Masatu dah start redha pasal tk sangka sambutan dia boleh tahan walaupun tu hari bekerja. 

Jadi masa dekat jakel tu sempat juga ambik gambar pasal kak nano was there and we are ztf and yeahhh boleh ambik gambar walaupun im not satisfied pasal aku punya selekeh boleh tahan bak ang. Aku kalau ambik gambar muka gelabah memang buruk. Muka tk gelabah pun buruk. Dah gelabah hangpa paham lah lagu mana hahaha tapi akak redha sebab redha tu ikhlas. Pandang babyboy dari jauh pun dah tk kisah pasal finally I can see him in front of this eyes tau. Dekat tau. Radar tu kuat sampai aku punya menggelabah boleh tahan ar. 


Look. It was me, Kak Nano and her mom, and babyboy! Eeee benci tengok muka sendiri pasal selekeh sangat hm bila nak cantik? 

Then because of Kak Nano too we can meet him for the second time at the hotel. At first aku ingat ingat lupa tau hotel tu kat mana tau tapi tanya punya tanya member depa cakap dekat dekat ni je so gua pergi lah. Haha yang tkleh blah nya kak nano yang duduk pasir mas tu boleh ingat hotel tu belah mana. Aku dekat kota bharu ni apa pun takboleh hahaha eee useless tau siewleng ni tau haha 

Ha lepastu we wait for him pasal jalan jem. Lepastu sapppp dia masuk duduk dekat sofa dekat lobby and i was like ya allah dia ni ka yang aku duk tengok dalam tv? Real bang anggg. Aku diam je sebab aku kalau dah menggelabah aku tkboleh buat apa. Speechless gila babyboy depan mata.

Aku peghati je dia sembang dekat kak nano sampai lah he noticed me. He look at me and he said, 

"Siewleng dok? Hok duk meseh sokmo dok? Skali meseh banyok. Panje" 

And I was like, 

"ya Allah abe kenal. Beci nyooo. Malu nyooo. Haha"

Benci tu bukan benci tau. Tapi more to rasa malu gila bila he noticed me pasal engkorang tahu lah aku kalau mention abang zizan dekat twitter tu aku merepek je memanjang haha habih kalau aku dm dia aku macam dah rindu sangat tau mana tak panjang tau aku punya dm haha tapi eeeeee dia tahu! Haha ingat tak cam tapi dia cam. Tapi yang dok terbayang sampai sekarang dia punya senyum masa dia cakap siewleng tu. 

Eeee lena tidur bak angg. Tapi to be honest tk puas rasa jumpa dia. But then I am so thankful lah. Jumpa kejap tapi bahagia tu lama bila teringat ingat. Tapi kebetulan last time jumpa bulan puasa tahun lepas and bulan puasa tahun ni pula jumpa. Rezeki orang kata. Hehe thanks a lot everyone. 

So firstly nak cakap terimakasih dekat akak akak dekat office pasal give me chance keluaq awai awai pasai takut jalan jem takdak parking tak sempat jumpa abang zizan. Kalau depa tk kasi keluaq memang aku nangis bro! Menangis tk berlagu tk boleh jumpa babyboy. 

Then next a big big thanks to Kak Nano because without you abang would never noticed me. Agaknya tak sempat jumpa pun dia. Or else memang tk boleh bergambar langsung pun dengan abang. Or else tkboleh jumpa abang for the second round pun. Thanks a lot Kak Nano. 

And next thanks to ZTF because without ZTF aku tktahu abang zizan punya update. Tktahu dia nak datang kelantan. Tktahu semua benda. Thanks for all those update. To be honest I am so glad to be one of them. 

And the next thanks is for Kak Needa because everytime I see abang it will remind me of you sebab kak needa lah org pertama yang bring me to meet abang. I will never forget that. And of course masa jumpa abang teringat akak akak that i meet masa abang punya birthday. Last year punya birthday. Ya Allah rindunya. 

And last but not least thanks a lot to babyboy abang zizan razak pasal I know you are so tired that day but when I request to take a picture with you then you just okay with it. Thanks for spending time and memberi siewleng yang kerdil ini untuk menatap abang di depan mata dengan lebih lama. Terubat rindu hang tau dak. Tapi harini dah rindu balik dah. Hish. Thanks abang. Tanpa abang zizan, I will never meet abang zizan. Eh? Apa dia ni? Haha yelah. Takda abang zizan aku mana gheti minat retis ni hehe. 



I have two selfie tapi dua dua aku nampak selekeh nak mampus. Eee macam dayang senandung. Muka tak putih. Semua tk putih haha tapi selekeh cemana pun pasal babyboy handsome nak mampus aku tunjuk juga. Tunjuk tunjuk gambar ni semoga jauh dari sifat riak ye ( tepuk bahu sendiri ) 

So takda dah kot. Itu je nak cakap. Takpalah next time im gonna update lagi kalau ada benda yang aku rasa boleh share haha okay selamat malam everyone. Selamat berpuasa. And selamat mencari malam lailatul qadr. Ameen. Dan mari kita perbanyakkan doa untuk saudara kita di Gaza semoga mereka semua di bawah lindunganNya. Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita di bulan Ramadhan yang mulia ini antaranya mereka yang berada di dalam MH17 yang terhempas semalam. Ameen. Assalamualaikum. 

Wednesday, 4 June 2014

Hello JUNE !

...
Hello Hi and Assalamualaikum. Its 6th of June so I don't think its not too late to greet JUNE. Eceh hi June please be nice. Don't be like May April March February or January. I ask them to be nice but then they keep doing bad to me. Hahaha boleh macam tu? Eh don't blame month lah for what happen in your life. What month is it, you are the one who should manage it to make sure it always nice. Kehkehkeh. 

But then I would like to thank to Allah, Alhamdullillah for giving me chance to breath and give me another day another month to change myself to be a better me. Thanks for keep giving me chance again and again. Sorry for never appreciate it before but i'm gonna try my best to use this chance wisely. I'm truly living my life again right now, enjoying it. Then I started to realized that before this I am the one who didn't let happiness come to me. I am the one who keep hanging myself in sadness and sorrow. Haha. Stupid me all the way. 

Ah never mind. Hopefully it would be a lesson to myself. Stop hanging around. Berhenti melukut tepi gantang kate kooo. Haha whether I like it or not life must go on. Keep moving forward without looking back. Kiranya buang semua masalah semua cerita sedih cerita cinta tak kesudahan cinta kasih sayang tu di bulan lepas. Start bulan baru, start lah hidup baru. Ecececece kengkonon. 

I don't know what would people judge me kalau aku start berbaik balik dengan orang yang aku gaduh. They might say that I'm being hypocrite or talam dua muka or whatever lah I don't care, but I know Allah knows what am I doing. Some of people said that they forgive but not forget. Even me too. But right now I start to realize that we actually need to forgive and forget too. Kalau kau lupa baru kau macam boleh betul betul ikhlas dengan semua benda yang kau buat. Kalau kau tak lupa cemana nak start hidup baru selagi semua benda orang buat dekat kau tersangkut lagi dekat kepala kau. Is it?

So aku cam try hantuk kepala kat dinding, pijak kepala aku sendiri, telan semut satu zoo demi usaha melupakan semua benda yang dah jadi selama ni. Kahkah. Akhirnya berjaya juga lupa sebab aku ni nyanyuk orangnya. Dah la. New month new life ah gitu. And again walaupun ni bukan hari raya, aku still nak mintak maaf to all the peoples yang selama ni aku duk buat jahat ka, duk mengata mengutuk memacam ka, aku sedaq peghangai aku ni tiap masa bughuk. Maaf na. Pastu aku mintak tolong hangpa doa aku beghubah jadi manusia lagi baik na? 

Jadi tiada harapan lain untuk June. Selain itu aku ada pasang harapan nak jadi cantik. Tapi macam tinggi menggunung sangat harapan tu jadi aku telan jelah. Kira aku cam pasrah dan redha lah. Kahkah. Aku ada jugak berangan en aku cantik lepastu ada mamat handsome kejar aku pastu dia tanya aku "awak ni cantik dari kecik ke?" Kahkah tapi tu ar aku masiih menanti saat itu. Haha

Dah la. Aku ni senanya bosan. Rasa nak menaip pepanjang. Apa yang ada dalam kepala otak ni aku taip je semua. Peduli pulak aku orang nak cakap apa. Ni blog aku jadi aku macam "lantak lah aku nak update apa pun engkorang bukan baca pun" haha tapi kalau korang rasa nak update blog aku ni boleh, aku bagi satu ruangan untuk engko update. Tapi aku kasi sewa 100 hinggit untuk satu ruangan. Engko nak?  Kahkah. Kerja nak untung je. Lalala 

Jadi itu saja dari aku untuk harini. Enjoy your life everyone. Maaf andai diri ini ada terkasar bahasa ke ape kan? Aku ni memang suka main cakap je. Jadi mintak maaf adik kakak abang sado omnomom. Jangan lupa tengok Abang Long Fadhil dekat pawagam. Support babyboy aku zizan razak okay? Eh lama dah tak update pasal babyboy. Rindu nya. Tapi nantilah update . Hehehe takpa . I keep supporting you babyboy. Lalaa kbaiii. Assalamualaikum :*

Ironic, don't you think?

Thursday, 29 May 2014

Hari Berjalan

.
Hello hi and assalamualaikum earthlings. Ibu ibu bapak bapak, ladies and gentlemen, adik kakok, abe handsome or no matter who you are. Takda apa pun ha aku update rini. Sebab dah lama tak update blog ada lah datang ghase nak update blog. Haha. 

Sebenarnya aku punya mengantuk boleh tahan lah ni dengan kepala pening kaki sakit segala bagai, tapi sebab aku ghase engkorang ni dah start rindu aku so aku update lah jugak. Konon taknak hampakan peminat lah. Haha. 

Jadi aku rasa nak ceghita sikit pasal aku keluaq tadi. Bapak ah gila betul. 24 jam semalam kerja berjalan merayau je. Haha. So bak meh aku ceghita satu satu lantak lah korang nak dengar ke tak tapi aku tangan aku taknak berhenti menaip ni ha. Haaa. 

So first semalam abah baru balik from kl eh ke gua musang eh I don't know lah. Then dia sampai dah lewat malam tau. So lepastu lepastu, aku ni bukan jenis tidur malam, dalam pukul dua lebih dengar abah bukak pintu bilik sekali dengan athirah sekali keluaq then mama pun, so aku agak cam diorang nak keluaq makan sebab abah did say he is so hungry. So aku buat buat batuk sebab aku tahu diorang nak keluar. HAHAHA

Then abah knows my trick, so he ask me "mirah nok nasi dok?" then I diam then abah ask again "mirah nok tubek jugok ko?". Haha dah agak dah abah ajak keluaq sekali. Haha and I was like "hmmm boleh jugak" so keluaq lah kitorang empat beranak cari nasik. Haha nasib baik ada je nasi memalam ha. Then abah beli nasik tu, bungkus, then makan dekat kedai member dia. Punyalah lama lepak malam tu sebab nya kat kedai situ ada baby tau, maybe anak sedara dia or what lah lantak lah who's that baby but she is sooo cute and time time macam tu mata dia segar kemain. Lama tu sebab Athirah is so excited playing with that baby and me too. But taktipu comel okay budak tu mata sepet sikit and and and ala rambut dia comel je ikat tocang dua padahal seciput je rambut nampak cam rumput. HAHAH! 

So balik dah almost 4 am masatu. Then I've tried to sleep sebab dah deal dengan Yuha dengan Yana pukul sepuluh kitorang nak keluar. So sebab lupa nak suruh mama kejut pukul sepuluh aku set alarm around 9.30 am. HAAHAHA set alarm pun nak bagitahu lantak lah this is my blog man. HAHHA. Lepastu I've tried to sleep again but then I failed. Aku taktahu penyakit insomnia aku ni dah sampai tahap berapa dah. Punya teruk perangai taknak tidur aku ni. Haih. Then pejam celik pejam celik sengsorang, dah pukul 6.30. Orang azan subuh segala bagai. Then dah settle semua try lagi tidur tapi takboleh. Aku rasa aku tidur pun dah pukul enam lebih jugak ar masatu. 

Then pukul sepuluh tadi bangun. Haha ws Yana kasitahu lambat sikit sebab abah nak guna kereta. Sebab ingat nak drive sendiri sebab kaki ni dah boleh drive balik. Hm ni saja nak bagitahu. Tapi sebab abah nak guna naza so he decided to send me there, aku sampai dah pukul 11, tunggu Yana dengan Yuha lama nak mampus dekat kbmall tu tapi thank god aku dah pernah kerja situ so ramai kawan err takda lah ramai sangat tapi ada lah kawan so lepak kedai kawan aku depan moot point kedai casing phone murah lawa nak mampus *promo* SO sembang beriya, then yana yuha sampai. 

Bapak ah lama nak mampus lepak. Haha ulang alik turun naik tangga. HAHA. Mula mula survey phone kejap sebab I was thinking to upgrade my handphone. Nak beli phone baru ah sebab dah berzaman kot pakai phone ni. Bukan bosan cuma hm hm hm dah sakit dah phone ni okay sambung balik so naik tingkat atas sekali sebab kat situ berlambak gadget phone segala bagai, then then yana pun ada nak tanya something about phone, yuha pun ada nak tanya pasal phone dia jugak so sama sama la kan merayau tadi. 

Dah tu dah bosan tengok phone je kitorang decide nak melantak sebab lapar sangat. Dekat food court lama nak mampus lepak sebab banyak cerita lagi,  banyak ambik gambar, banyak sembang, banyak  gelak, damn. Haha lepastu dah bosan lepak, dah banyak gambar, gi toilet ambik gambar sekali sebab selfie is too mainstream semua jenis tangan pendek hahahaha. Menyampah tau nak beli monopod pun iyekkkkk ahah okay whatever aku taktahu kenapa tangan taknak stop typing then dia taknak letak fullstop takpa lah, korang baa jelah cemana pun hahaha

Lepastu dekat toilet pun lama sebab sekoq sekoq nak betulkan tudung haha tolong lah I am so ladies today haha before this I am so selekeh kot oh damn what happen with me? Haha okay whatever lah kan lepastu dah penat betulkan tudung pergi ikut yana beli barang pulak usha usha kasut lepastu dah lapiaq pergi mcd makan aiskrim acah acah comel ambik gambar lagi lepastu sembang banyak then tunggu Ying (my cousin) fetch us then hantar Yana Yuha balik rumah diorang haha 
Nasib baik ada Ying tadi so dia boleh hantar kan Yana Yuha aku ikut sekali ya Allah jauh sangat okay rumah diorang an hour jugak lah tadi, jalan pulak jem pergh but yah I do admit I had so much fun today then I realised something that sometimes, we are the one who doesn't want to find our own happiness duk menangis meratapi kisah cinta sial yang putus di tengahh jalan pasaipa takdapat apa pun hahaha kalau kita nak bahagia kita boleh bahagia and we just have to find our own happiness kot sampai bila nak harapkan orang haha so okay lah alhamdullillah for the day oh like seriously rasa macam before this banyak sangat bazir masa fikir masalah yang tak pernah settle pun

Nothing else I want to say. It just I'm really thankful to Allah for giving me another chance to be happy bukan dengan pakwe pun takpa as long as I have friend that can makes me laugh. Oh beside that I'm glad to have someone that actually stranger before, but she helps me to move on give me support tiapkali aku nak jatuh balik, sampai satu tahap aku dah boleh berdiri balik and finally I feel like she's more to sister actually hahaha and i am so thankful for chance by chance that Allah gave to me, thankful for peoples around me, family kawan kawan peminat peminat siapa lah saya tanpa undian peminat peminat kahkahkah dah merepek

So lepas hantar diorang tadi aku actually balik kejap then jadi driver mama pulak beli groceries. Dah sepuluh lebih baru balik, fuh best okay. Satu harini memang berjalan je hahaha alhamdullillah kaki pun dah okay walaupun ada sakit sikit sikit eceh

haha aku tahu aku menaip panjang sangat ni panjang lebar sangat aku cerita ni haha aku niat nak update sikit je tibatiba jari aku taknak stop menaip aku ikutkan je hahaha so itu je. Thanks for reading, akaks sayang readers akak ahahaha malam esok im going to kl then lepak kl jap then straight to johor, doakan perjalanan kita selamat pergi dan balik okay? Thanks readers i love you :*

But first, akaks nak belanja gambar. Haha. 

Media preview
Awek awek and I admit im the most selekeh lah haha 

Ni pulak cam ootd ah aku acah acah ayu sebab dengar ceghita lelaki sekarang sejahat mana pun perangai nak perempuan lembut okay lah okay lah akaks jadi lembut nok.

best way to be happy

Wednesday, 14 May 2014

Perkongsian.

Hi hello and assalamualaikum. 
Actually today I'm not going to update much. 
It just I want to share something that I found. 
Hopefully it will teach you something. 
So have a nice day everyone. 
Hope Allah SWT will bless you everyday :) 

And yeah, If you don't mind.
Could you guys please pray for my result?
My result is on this Thursday. 
I am so worried. 
I wish I can get 3.00 above. 
Please pray for me. 
And I'll pray for you too. 
Thankyou very much readers. 

Assalamualaikum :)

Islam

Kadang kadang, masa korang tengah ada masalah, 
Kau rasa marah bila kau rasa Allah SWT takda dengan kau, 
Kau rasa macam kau handle masalah kau sorang sorang, 
Tapi sebenarnya Allah ada. Dia nak kau jadi kuat sebenarnya, 
Masa kau lupa Allah, kau rasa serabut, 
Ada problem dan rasa lost, 
Sebenarnya masa Allah uji kau tu, 
Dia nak kau berurusan dengan dia, mintak tolong dia, 
Tapi manusia, kadang kadang ada yang sombong, 
Kadang kadang marah Allah sebab uji macam macam, 
Tapi percaya, Allah uji kerana sayang, bila kau rasa Dia takda walaupun Dia sebenarnya ada, 
KAU CARILAH DIA. Dia akan tolong kau, melalui orang lain, ataupun diri kau sendiri :)

- Islamic Purity | via Tumblr

And I found this too.
Betullah tu. Allah yang ciptakan dia pun dia boleh lupa, 
Sedangkan kau siapa? Orang biasa. 
Tak mustahil pun dia boleh lupa. 
Kalau Allah yang cipta dia pun dia tak sayang, 
Macamana kau boleh expect dia sayang kau yang biasa tu?
Fikir. 

way of life | via Tumblr

Manusia, macam aku cakap haritu, 
Mereka lebih memilih untuk mengadili, 
Menjadi hakim untuk menghakimi, 
Dan kadang kadang buat keputusan sendiri untuk menghukum. 
Nah. Tengok balik apa kerja kau sebenarnya. 
Tapi ingat semua ni dengan bantuan Allah. 

Itu je. Assalamualaikum. 

Sunday, 11 May 2014

Perbandingan.

Sekarang aku letak depan mata kau dua biji buah, buah oren dengan buah epal, 
Then aku tanya, buah mana yang masam buah mana yang manis,
Dan aku yakin kau akan jawab buah oren yang masam buah epal yang manis. 
Takrasa pun buah buah dalam gambar tu tapi tahu yang mana masam yang mana manis,
Hebatnya kita mengadili. Sekadar tahu nama, sekadar dengan cerita, itu dah cukup.

Dan cuba bayang kalau aku gantikan buah buah tu dengan manusia, 
Aku jadikan diri aku sebagai contoh, 
Bayangkan aku letak diri aku, yang becok ni, yang banyak cakap, yang kecoh, yang gedik, yang suka cakap kasar, yang mengada ni, 
Sebelah seorang gadis yang lemah santunya, sopan bicaranya, lembut gerak gerinya, tenang setiap katanya, 
Kemudian aku tanya, 

"Antara dua manusia ni siapa yang takboleh percaya?"
"Antara dua manusia ni siapa jahat?"
"Jika kedua keduanya diberikan rahsia yang sama dan hanya mereka yang tahu, dan satu hari rahsia itu bocor, siapa yang dituduh membuka mulut?"
"Jika berlaku perselisihan faham antara kedua duanya, muncul cerita berbeza dari mulut masing masing, siapa yang dituduh mereka cerita?"
"Jika kedua keduanya menangis, siapa yang dituduh berpurapura untuk mencari perhatian?"
"Jika kedua duanya dihukum, siapa yang disembur dengan perkataan 'padan muka'?"

AKU. 
Kau tahu kenapa? Sebab manusia memang suka mengadili, 
Tahu nama, dengar cerita, nampak dengan biji mata sendiri, 
Aku yang becok, mestilah aku yang takboleh percaya, 
Aku yang cakap kasar, mencarut, mestilah aku yang jahat, 
Aku yang banyak cakap, mestilah aku yang bocorkan rahsia orang, 
Aku yang gedik mengada ngada, mestilah aku yang pura pura sebab nak kan perhatian, 
Aku yang tunjuk semua perangai aku, mestilah aku yang kena padan muka. 

Manusia, memang macam tu. Konon power. 
Tengok dari luar. Konon dah tahu dalamannya. 
Konon sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya? 
Yang nampak lembut selembutnya tu, selalunya baik agaknya. 
Walhal, kalau dia buat taik belakang kau pun, bukannya kau tahu, 
Cuba kantoi si lembut tu buat benda tak elok, kau tahu orang akan cakap apa? 

"Eh takkanlah dia nak buat macam tu. Dia tu lemah lembut. Baik orangnya. Fitnah agaknya"

Sedangkan orang fitnah aku, kau ambik semuanya betul. 
Percaya sangat yang pesen lembut, baik, pijak semut tak mati ni, 
Belakang kita, entah entah pijak tanah pun letak air boleh jadi tasik, 
Orang macam ni lah yang selalu jadi api dalam sekam, 
Orang macam ni lah yang jadi musuh dalam selimut, 
Orang macam ni lah yang jadi gunting dalam lipatan, 
Orang macam ni lah yang jadi silent killer. 

Tapi aku takda lah nak cakap semua wanita ataupun gadis yang lemah lembut ni jahat, 
Dan takda juuga aku nak cakap SEMUA perempuan macam aku ni baik, 
Aku pun bukannya baik, cuma aku kadang kadang kesal,
Satu kesalahan aku buat, kebaikan aku semua tak nampak, 
Kalau aku involve dalam apa apa gaduh ke selisih faham ke, 
Orang cakap aku yang cari gaduh walaupun orang taktahu apa punca. 
Kau tahu kenapa? Sebab aku jadi diri aku. 
Tunjuk perangai gedik, mengada, kasar, banyak cakap, banyak mencarut tu dekat orang, 
So apa apa aku lah orang nampak. 

Aku hormat perempuan yang lemah lembut, sopan, pijak semut tak mati, 
Sebab dia betul betul jadi perempuan sejati, 
Tapi aku taktahu kenapa, after a few things, 
I change my mind. 
Jangan terlampau percaya perempuan yang betul betul perempuan,
Sebab bisa dia kuat.
Tapi aku tak cakap semua okay? 
Mama aku pun lemah lembut, sopan, baik, semua ada, luaran dan dalaman.
Mama korang pun mesti macam tu kan? 

Okay dah. Tu je. Aku dapat idea nak menulis walaupun tak seberapa. Jadi selamat malam. Eh tak selamat pagi. Maaf kalau ada silap dalam berbicara. Aku taktuju pada sesiapa. Sekadar pendapat, andai ada yang terasa. Maaf. And Assalamualaikum. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan hidayah dan petunjuk pada kita semua. Ameen.

Saturday, 10 May 2014

I'm back for sem break.

Islam

Well hello guys and assalamualaikum. And hello ladies too. Hehe. Fuhh fuhh banyak habuk. Ehek ehek batuk batuk. Eceh. Dah lama tak update. Konon busy. Padahal terperap dekat rumah makan tidoq makan tidoq. Eh did I update yang kaki patah segala? Dah update kan? Lupa. Okay whatever. Talk about patah kaki, I actually need to go for an appointment next week on 18th May. The doctor will confirmed either I can take off the cement at my leg or I have to wait any longer. And he'll tell me when I can start to walk using this leg again. Kehkeh. But then I know that I'm so degil and rimas with this cement, so I decided to take it off by my own. Haha and I did it I did it I did it yeayyy ! *Jejoget macam Dora*

At first tu gatal sangat so bukak dia balut tu sikit sikit tau. Then longgarkan sikit sebab doctor balut ketat sangat kan. Then haritu bukak semua. At first risau juga tengok kaki pelik sangat. Haha lebam sembab hitam oh teruk sangat. Tapi dah bukak a few days ni, alhamdullillah seems like better lah. Hehe. Tapi to be honest rasa macam orang kena stroke, kaki tu memang takboleh gerak langsung. Why lah heh. Tapi sebenarnya memang aku sendiri pun takut nak pijak. Yelah. Tak sure kan dah betul betul recover ke tak ken, so biar dulu lah. Once the doctor said dah okay aku nak belajar jalan balik sampai pandai. 

So cuti sem is not so good. Haha as I told you guys before that I only makan tidur makan tidur. Dah tu nak buat apa? Kerja? Dengan tongkat ni? Kerja apa je boleh cuolls? Nak jalan jalan? Dengan tongkat ni? Nak apa lagi? I just can sit like a boss je dekat rumah. Beza dengan boss biasa, takda gaji. Ah I am so craving for money right now. Tak tipu. Lama dah tak pegang duit bebanyak. Nak mintak from my parents pun, nak g mana je kalau diorang kasi duit? Balik balik duduk rumah je kan? Haha 

Taktahu nak descibe how bored I was tapi just imagine seorang awek yang hyper active tak ingat dunia tibatiba need to spend her time at home for a month without doing anything. Not being proud with the hyper attitude tapi tulah, nak cakap betapa bosan nya. Tapi what happen really give me a lesson. Biar I remember that I'm not supposed to be so hyper and drag myself into a situation like this. Haha. So lepasni I nak main apa apa pun I akan lebih beringat biar I tak kena macam ni lagi. Seriously serik. Bukan serik duduk rumah tapi serik kena duduk diam diam. Hahaha. 
Worst part is bila nak kerja pun takboleh. Baru berangan nak beli phone baru. Yelah I bukan anak berada dari kecik nak beli apa apa usaha sendiri so nak tukar phone pun kena guna duit sendiri. Dah lama dah plan cuti sem nak kerja then nak beli phone. Tapi tulah kan, kita merancang Allah pun merancang, tapi sesungguh nya perancangan Allah tu lebih baik. Hehe. Jadi redha je. Maybe Allah buat macamni sebab nak I duduk rumah je tengok muka mama abah. Tu pun dapat tambah pahala what? Instead of merayau kemana mana. Hehe take it positive cuolls.

So my plan setakat ni nak jadi blogger tegar balik eventho I know no one visit my blog anymore tapi takpalah. Atleast I can share anything that I want to share, those who still reading thankyou very much for being loyal. Haha. Atleast daripada I meroyan tak tentu hala dekat twitter tu baik I keep on updating my blog kan? So thats all from me for tonight. Selamat malam Arjuna Beta. HAHA Assalamualaikum :))

wise words u better read and "heart it"

Saturday, 19 April 2014

Kaki Oh Kaki

yourhappythought21.tumblr.com

Hello beautiful creatures. Assalamualaikum wbt and hi. Long time no see is it? Acah acah dalam tv semua orang nampak aku kan. HAHA. Okay apa apa jelah. Rasanya macam dah lama tak update blog. Rasanya readers rindu. Kahkah. Ada reader ke engko? 

So nak ceghita sedih lah sikit ni mengkome mengkome sekalian. Ate teman ni udoh patoh kaki. Ngape? Haha. Aku main skateboard pastu jatuh pung pang. Bak kata orang kelantan, "baso dio lah, nok geroh". Makna dia macam, kalau benda tu dah nak jadi, kau main main pun akan jadi. Takboleh nak elak dah. But bukan salahkan takdir lah. Its more to redha for what happen lah. 

Lagipun bila lagi nak merasa patah kaki kan. Hidup di dunia ni cuma sementara ni. Kenalah rasa sakit lain pulak kadang kadang. Sebelum ni sakit hati je, kali ni sakit kaki. Tapi serious, taknak kena dah. Ni dah serik sangat dah ni. Seksa sangat kot patah kaki. Banyak guna tenaga, while kaki yang lagi sebelah pun seems like nak sakit juga. 

Alhamdullillah masa patah kaki tu abah dah memang ada kerja dekat jeli which is dah dekat dah dengan perak kalau nak dibanding kan dengan kota bharu tu kan. So bagitahu abah, abah settle kerja dia datang ambik, balik kelantan then yeayy! Baring. Makan. Kena gelak dengan adik. Kena hina dengan adik. Oh normal sangat. Haha. 

Tapi apa yang penatnya nak kena jalan lah, mula mula berjengket sebab takda tongkat kan. Tu jenuh ah, sekali lompat sekali sakit kaki yang patah tu. Kaki kiri yang tak patah ni rasa lenguh ah kot. Then mama pinjam tongkat dengan sedara. SO pakai dia punya dulu. Just untuk bawak balik ipoh jelah kot. Test test pakai tongkat okay lah. Tapi kaki kiri mmang lenguh lah. Sebab semua bergantung dekat dia. Kaki kanan lagi ah sakit. Bila dah sedap duduk, baring, bangun, saaaap! Datang rasa sengal nak mampus. Sakit tau. Sakit sangat. 

Dekat area lutut kaki kanan tu memang sakit lah kan sebab nya simen bukan lah ringan. Doctor dah simen sekali dengan betis, apak sakit ah cerita dia. Tak tipu. Sakit. Lenguh nak bawak simen ke hulu ke hilir. Nak jalan kaki kena bengkok, tahan berat kaki. Fuuhhh. Taknak main skate board lagi!

Pantang? Tak banyak macam orang luka ke bersalin ke sunat ke. Takboleh makan benda beranginn, macam kipas contohnya. Lawak old school sangat. Haha. Tapi betul , tak leh makan kacang, timun, most of them is sayur lah. And and and, takboleh minum air sejuk. Pergh pergh. 

Yang sayur sayur punya pantang tu macam boleh g mampus lah sebab aku memang tak makan sayur tau, tapi bila sampai part kena pantang air sejuk tu memang aku surrender. Seriously! Kau faham lah, Malaysia tengah panas nak mampus sekarang, takkan lah nak minum air panas? Panas panas, minum air panas, ha berpeluh, kalau kumpul peluh tu boleh minum lagi agaknya. Haha. 

So aku decide nak langgar pantang. haha. Aku mula mula boleh ah pantang, acah acah taknak minum air sejuk sebab taknak kaki sakit kan. Tapi bila fikir balik, tak minum pun sakit. so baik minum. Aku pun lenjan lah air sejuk tu dengan harapan air sejuk bila dah masuk dalam perut terus panas, tak terasa sejuk sangat tulang aku. HAHAHA!

Lagi apa yang sengsara sikit pasal patah kaki ni bila kena simen. Macam aku cakap lah, dah la berat nak mampus kan, doctor pulak balut kemas gila kot sampai aku rasa darah aku tak mengalir langsung dekat kaki ni. Kalau peghati jari semua dah bengkak. Masuk angin agaknya. Lemas. And ada lah kan usik usik sikit balut tu, tengok kaki, apak ah, sampai luka kot. Serious ah dia punya kemas tu memang kemas tk tipu. And maybe tuu pun buat kaki sakit. Pastu bila kaki dah terkurung dalam simen, dia jadi gatal tau. Worst part, nak garu, tapi tak berjaya. Faham tak rasa tu? 

Lepastu apa lagi eh yang seksa nya berkeadaan cemni? Oh. Agak susah untuk orang yang hyper macam aku nak biasakan diri. Adalah rasa kekok duduk diam je. Terbaring kaku dan layu. And i keep shouting, "BOSANNYA BAK ANGGG!" and aku admit menjerit macam tu tk tolong apa apa pun. Aku masih di tempat yang sama. haha. Faham tak jiwa yang meronta nak merayau, jalan macam orang normal tapi takboleh. TAKSUKA!

Tapi apa yang jadi ni salah sendiri. Gatal sangat nak main skateboard kan? Hah. Main lah sampai muntah. Tak. Main sampai patah. Entah sampai bila tah nak cemni. AHAH. Doakan kita cepat sembuh tau. Apa apa pun terimakasih kepada semua pihak yang jaga aku secara langsung dan tidak langsung. Aku hargai. Hanya tuhan je mampu balas. Aku doakan yang terbaik untuk engkorang. Hehe selamat maju jaya. Jasamu ku kenang. 

Guardian angel masa dekat ipoh. Babysitter. Diorang lah mama, diorang lah papa, diorang lah kawan. 

Extra leg maybe? Alhamdullillah. Masih mampu pakai selipar sebelah. HAHA.

somtime it's really hard to get over someone who mean the world to you
Without a normal leg i can't go to anywhere. I can't move on. I miss my leg. 

Doris  | via Tumblr
Oh ini comel. What best friends are for. HAHA. Thanks for reading. Lebiuuu. 

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !