Lepas tu ni pun update ni pasal rasa excited gila nak update. There is something that I want to share with my dear readers. Hek eleh acah acah ada readers je. Kah! Ok tak kira lah. Nak update juga. Nak share juga! *hentak kaki*
So sebenaqnya semalam aku jumpa babyboy. Ya Allah rasanya macam dah lama sangat aku tak update pasal babyboy sendiri. Nak update cemana dah lama tak jumpa. Betul betul setahun tak jumpa. Fuhh. Bayangkan lah ( tk bayang pun tkpa ) Last time jumpa abang zizan Ramadhan tahun lepas. Masatu recording Fuyoo Raya Zizan. Bulan Ramadhan masa tu. Then dah tak jumpa dah.
Okay. Ni gambar last sekali jumpa babyboy. Lepastu tak ada dah. Duk repost gambaq gambaq lama. Haha kadang kadang rasa rindu tau. Tu yang duk repost gambaq lama. Bukannya sebab tk move on haha
Ok la. Nak share sikit cemana boleh jumpa. Senanya macam gini. Since abang zizan dah jadi duta jakel duk promo baju melayu zizan razak, so he visit lah most of jakel punya cawangan ni even in kelantan. So aku punya eksaited macam beghuk dapat minum air coke lah bila tau babyboy nak datang kelantan. Hangpa tau dak aku punya eksaited tu cemana? Feeling dia macam hangpa dapat straight a's dalam spm. Lepaihtu hangpa masuk U hangpa boleh four flat je. Walaupun aku tk penah ghasa feeling tu tapi aku nak korang ghasa betapa eksaited nya aku hahaha
Lepastu mula mula ztf update yang abang zizan is coming on 15 july which is hari selasa. Aku dah eksaited lah sbb dh confirm dapat pergi sbb masa tu cuti. So dah cari kak Nano pasal Kak Nano lah satu satunya ztf kelantan yang kenal aku ni ha. Kak Nano pun macam boleh pergi aku punya eksaited double lah kan. Then janji punya janji tibatiba postpone hari khamis. And i was like
'Alamak! Hari kerja! Balik pukul 2.30!'
Down gila babe pasal takut tk boleh jumpa. Yelah. Since dah praktikal ni lebih komited terhadap kerja lah kan walaupun aku ni watak picisan je. Kah! Then aku ni macam sedih sedih lah kan pasal taktahu cemana nak jumpa pasal abang zizan nak datang pukul 12.30 sampai 2.30. At first ingat nak keluar masa rehat pukul 1 smpai pukul 2 tu tp takut tk sempat sampai office pula sbb jalan memang jem . Memang buntu and I finally ada lah rasa give up tau sbb tk boleh nak buat apa dah. Takkan nak ponteng kerja. No good lah.
Then rabu pi office cerita lah dekat kakak kakak dekat office pasal minat abang zizan segala bagai kan. Aku kalau dah bukak ceghita A sampai Z aku ceghita haha I can't control myself when it comes to abang zizan part tau. Cerita pasal abang zizan aku mana pernah calm. Melebih je pasal aku punya minat kau saja boleh rasa. Cerita kita berdua. Eh tu lagu. Ok apa apa jelah haha
Lepastu alhamdullillah sangat sangat I have such a very very understanding kakak kakak where they ask me to go out earlier lah sbb they understand how I adore abang zizan kan. Ya Allah masatu bersyukur gila. Then hari khamis aku pepagi lagi dah eksaited nak mampus. Tkboleh duk diam. Yelah. Eksaited. Tk jumpa setahun. Lama tu hoi! Tapi at the same time ada juga rasa risau takut takut ada yang menghalang sampai tak ada rezeki nak jumpa ke apa kan. Masatu harap ada rezeki nak jumpa dia. Harap sangat lah kan. And alhamdullillah everything went well. Kak nano and her mom dah sampai dulu so aku pun keluar lah dari office.
So I drove my car pergi Damansara, Tommy kata maybe you tgk bola tapi bila I sampai you tak ada lagilah I jadi gila. But that is not my case. Tu lagu Zee Avi. Aku punya cerita, I drove my car pergi Jakel Kubang Kerian. Kak Nano was there with her mom and aku tk sempat nak jadi gila haha tapi almost gila pusing jakel pasal takdaq parking. Banyak kali juga pusing. Lepastu cari cari kak nano jumpa. Alhamdullillah. Syukur. Rasa selamat dah jumpa kak nano. Eh? Macam terancam noh bunyi dia haha
Ni dia kak nano yang lawa nak mampus. And look kalau dah ada muka aku tu memang selekeh. Aku dan selekeh berpisah tiada hm. Yeayyy jumpa kak nano. Dah lama tkjumpa. Terubat rindu! Kak nano help me a lot jumpa babyboy gua. thanks kak nano. Me love you!
Hm then tunggu abang zizan datang. Masatu dah risau dah tgk ramai orang dah datang. Bukan kenapa sbb gua ni kecik jadi gua takut kena pijak pasal peminat abang yang serbu tu boleh tahan ramai. Babyboy sampai semua dah serbu and I was like hm redha lah kalau tk dapat jumpa ambik gambar pun. Masatu dah start redha pasal tk sangka sambutan dia boleh tahan walaupun tu hari bekerja.
Jadi masa dekat jakel tu sempat juga ambik gambar pasal kak nano was there and we are ztf and yeahhh boleh ambik gambar walaupun im not satisfied pasal aku punya selekeh boleh tahan bak ang. Aku kalau ambik gambar muka gelabah memang buruk. Muka tk gelabah pun buruk. Dah gelabah hangpa paham lah lagu mana hahaha tapi akak redha sebab redha tu ikhlas. Pandang babyboy dari jauh pun dah tk kisah pasal finally I can see him in front of this eyes tau. Dekat tau. Radar tu kuat sampai aku punya menggelabah boleh tahan ar.
Look. It was me, Kak Nano and her mom, and babyboy! Eeee benci tengok muka sendiri pasal selekeh sangat hm bila nak cantik?
Then because of Kak Nano too we can meet him for the second time at the hotel. At first aku ingat ingat lupa tau hotel tu kat mana tau tapi tanya punya tanya member depa cakap dekat dekat ni je so gua pergi lah. Haha yang tkleh blah nya kak nano yang duduk pasir mas tu boleh ingat hotel tu belah mana. Aku dekat kota bharu ni apa pun takboleh hahaha eee useless tau siewleng ni tau haha
Ha lepastu we wait for him pasal jalan jem. Lepastu sapppp dia masuk duduk dekat sofa dekat lobby and i was like ya allah dia ni ka yang aku duk tengok dalam tv? Real bang anggg. Aku diam je sebab aku kalau dah menggelabah aku tkboleh buat apa. Speechless gila babyboy depan mata.
Aku peghati je dia sembang dekat kak nano sampai lah he noticed me. He look at me and he said,
"Siewleng dok? Hok duk meseh sokmo dok? Skali meseh banyok. Panje"
And I was like,
"ya Allah abe kenal. Beci nyooo. Malu nyooo. Haha"
Benci tu bukan benci tau. Tapi more to rasa malu gila bila he noticed me pasal engkorang tahu lah aku kalau mention abang zizan dekat twitter tu aku merepek je memanjang haha habih kalau aku dm dia aku macam dah rindu sangat tau mana tak panjang tau aku punya dm haha tapi eeeeee dia tahu! Haha ingat tak cam tapi dia cam. Tapi yang dok terbayang sampai sekarang dia punya senyum masa dia cakap siewleng tu.
Eeee lena tidur bak angg. Tapi to be honest tk puas rasa jumpa dia. But then I am so thankful lah. Jumpa kejap tapi bahagia tu lama bila teringat ingat. Tapi kebetulan last time jumpa bulan puasa tahun lepas and bulan puasa tahun ni pula jumpa. Rezeki orang kata. Hehe thanks a lot everyone.
So firstly nak cakap terimakasih dekat akak akak dekat office pasal give me chance keluaq awai awai pasai takut jalan jem takdak parking tak sempat jumpa abang zizan. Kalau depa tk kasi keluaq memang aku nangis bro! Menangis tk berlagu tk boleh jumpa babyboy.
Then next a big big thanks to Kak Nano because without you abang would never noticed me. Agaknya tak sempat jumpa pun dia. Or else memang tk boleh bergambar langsung pun dengan abang. Or else tkboleh jumpa abang for the second round pun. Thanks a lot Kak Nano.
And next thanks to ZTF because without ZTF aku tktahu abang zizan punya update. Tktahu dia nak datang kelantan. Tktahu semua benda. Thanks for all those update. To be honest I am so glad to be one of them.
And the next thanks is for Kak Needa because everytime I see abang it will remind me of you sebab kak needa lah org pertama yang bring me to meet abang. I will never forget that. And of course masa jumpa abang teringat akak akak that i meet masa abang punya birthday. Last year punya birthday. Ya Allah rindunya.
And last but not least thanks a lot to babyboy abang zizan razak pasal I know you are so tired that day but when I request to take a picture with you then you just okay with it. Thanks for spending time and memberi siewleng yang kerdil ini untuk menatap abang di depan mata dengan lebih lama. Terubat rindu hang tau dak. Tapi harini dah rindu balik dah. Hish. Thanks abang. Tanpa abang zizan, I will never meet abang zizan. Eh? Apa dia ni? Haha yelah. Takda abang zizan aku mana gheti minat retis ni hehe.
I have two selfie tapi dua dua aku nampak selekeh nak mampus. Eee macam dayang senandung. Muka tak putih. Semua tk putih haha tapi selekeh cemana pun pasal babyboy handsome nak mampus aku tunjuk juga. Tunjuk tunjuk gambar ni semoga jauh dari sifat riak ye ( tepuk bahu sendiri )
So takda dah kot. Itu je nak cakap. Takpalah next time im gonna update lagi kalau ada benda yang aku rasa boleh share haha okay selamat malam everyone. Selamat berpuasa. And selamat mencari malam lailatul qadr. Ameen. Dan mari kita perbanyakkan doa untuk saudara kita di Gaza semoga mereka semua di bawah lindunganNya. Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita di bulan Ramadhan yang mulia ini antaranya mereka yang berada di dalam MH17 yang terhempas semalam. Ameen. Assalamualaikum.