Hello hi and assalamualaikum earthlings. Ibu ibu bapak bapak, ladies and gentlemen, adik kakok, abe handsome or no matter who you are. Takda apa pun ha aku update rini. Sebab dah lama tak update blog ada lah datang ghase nak update blog. Haha.
Sebenarnya aku punya mengantuk boleh tahan lah ni dengan kepala pening kaki sakit segala bagai, tapi sebab aku ghase engkorang ni dah start rindu aku so aku update lah jugak. Konon taknak hampakan peminat lah. Haha.
Jadi aku rasa nak ceghita sikit pasal aku keluaq tadi. Bapak ah gila betul. 24 jam semalam kerja berjalan merayau je. Haha. So bak meh aku ceghita satu satu lantak lah korang nak dengar ke tak tapi aku tangan aku taknak berhenti menaip ni ha. Haaa.
So first semalam abah baru balik from kl eh ke gua musang eh I don't know lah. Then dia sampai dah lewat malam tau. So lepastu lepastu, aku ni bukan jenis tidur malam, dalam pukul dua lebih dengar abah bukak pintu bilik sekali dengan athirah sekali keluaq then mama pun, so aku agak cam diorang nak keluaq makan sebab abah did say he is so hungry. So aku buat buat batuk sebab aku tahu diorang nak keluar. HAHAHA
Then abah knows my trick, so he ask me "mirah nok nasi dok?" then I diam then abah ask again "mirah nok tubek jugok ko?". Haha dah agak dah abah ajak keluaq sekali. Haha and I was like "hmmm boleh jugak" so keluaq lah kitorang empat beranak cari nasik. Haha nasib baik ada je nasi memalam ha. Then abah beli nasik tu, bungkus, then makan dekat kedai member dia. Punyalah lama lepak malam tu sebab nya kat kedai situ ada baby tau, maybe anak sedara dia or what lah lantak lah who's that baby but she is sooo cute and time time macam tu mata dia segar kemain. Lama tu sebab Athirah is so excited playing with that baby and me too. But taktipu comel okay budak tu mata sepet sikit and and and ala rambut dia comel je ikat tocang dua padahal seciput je rambut nampak cam rumput. HAHAH!
So balik dah almost 4 am masatu. Then I've tried to sleep sebab dah deal dengan Yuha dengan Yana pukul sepuluh kitorang nak keluar. So sebab lupa nak suruh mama kejut pukul sepuluh aku set alarm around 9.30 am. HAAHAHA set alarm pun nak bagitahu lantak lah this is my blog man. HAHHA. Lepastu I've tried to sleep again but then I failed. Aku taktahu penyakit insomnia aku ni dah sampai tahap berapa dah. Punya teruk perangai taknak tidur aku ni. Haih. Then pejam celik pejam celik sengsorang, dah pukul 6.30. Orang azan subuh segala bagai. Then dah settle semua try lagi tidur tapi takboleh. Aku rasa aku tidur pun dah pukul enam lebih jugak ar masatu.
Then pukul sepuluh tadi bangun. Haha ws Yana kasitahu lambat sikit sebab abah nak guna kereta. Sebab ingat nak drive sendiri sebab kaki ni dah boleh drive balik. Hm ni saja nak bagitahu. Tapi sebab abah nak guna naza so he decided to send me there, aku sampai dah pukul 11, tunggu Yana dengan Yuha lama nak mampus dekat kbmall tu tapi thank god aku dah pernah kerja situ so ramai kawan err takda lah ramai sangat tapi ada lah kawan so lepak kedai kawan aku depan moot point kedai casing phone murah lawa nak mampus *promo* SO sembang beriya, then yana yuha sampai.
Bapak ah lama nak mampus lepak. Haha ulang alik turun naik tangga. HAHA. Mula mula survey phone kejap sebab I was thinking to upgrade my handphone. Nak beli phone baru ah sebab dah berzaman kot pakai phone ni. Bukan bosan cuma hm hm hm dah sakit dah phone ni okay sambung balik so naik tingkat atas sekali sebab kat situ berlambak gadget phone segala bagai, then then yana pun ada nak tanya something about phone, yuha pun ada nak tanya pasal phone dia jugak so sama sama la kan merayau tadi.
Dah tu dah bosan tengok phone je kitorang decide nak melantak sebab lapar sangat. Dekat food court lama nak mampus lepak sebab banyak cerita lagi, banyak ambik gambar, banyak sembang, banyak gelak, damn. Haha lepastu dah bosan lepak, dah banyak gambar, gi toilet ambik gambar sekali sebab selfie is too mainstream semua jenis tangan pendek hahahaha. Menyampah tau nak beli monopod pun iyekkkkk ahah okay whatever aku taktahu kenapa tangan taknak stop typing then dia taknak letak fullstop takpa lah, korang baa jelah cemana pun hahaha
Lepastu dekat toilet pun lama sebab sekoq sekoq nak betulkan tudung haha tolong lah I am so ladies today haha before this I am so selekeh kot oh damn what happen with me? Haha okay whatever lah kan lepastu dah penat betulkan tudung pergi ikut yana beli barang pulak usha usha kasut lepastu dah lapiaq pergi mcd makan aiskrim acah acah comel ambik gambar lagi lepastu sembang banyak then tunggu Ying (my cousin) fetch us then hantar Yana Yuha balik rumah diorang haha
Nasib baik ada Ying tadi so dia boleh hantar kan Yana Yuha aku ikut sekali ya Allah jauh sangat okay rumah diorang an hour jugak lah tadi, jalan pulak jem pergh but yah I do admit I had so much fun today then I realised something that sometimes, we are the one who doesn't want to find our own happiness duk menangis meratapi kisah cinta sial yang putus di tengahh jalan pasaipa takdapat apa pun hahaha kalau kita nak bahagia kita boleh bahagia and we just have to find our own happiness kot sampai bila nak harapkan orang haha so okay lah alhamdullillah for the day oh like seriously rasa macam before this banyak sangat bazir masa fikir masalah yang tak pernah settle pun
Nothing else I want to say. It just I'm really thankful to Allah for giving me another chance to be happy bukan dengan pakwe pun takpa as long as I have friend that can makes me laugh. Oh beside that I'm glad to have someone that actually stranger before, but she helps me to move on give me support tiapkali aku nak jatuh balik, sampai satu tahap aku dah boleh berdiri balik and finally I feel like she's more to sister actually hahaha and i am so thankful for chance by chance that Allah gave to me, thankful for peoples around me, family kawan kawan peminat peminat siapa lah saya tanpa undian peminat peminat kahkahkah dah merepek
So lepas hantar diorang tadi aku actually balik kejap then jadi driver mama pulak beli groceries. Dah sepuluh lebih baru balik, fuh best okay. Satu harini memang berjalan je hahaha alhamdullillah kaki pun dah okay walaupun ada sakit sikit sikit eceh
haha aku tahu aku menaip panjang sangat ni panjang lebar sangat aku cerita ni haha aku niat nak update sikit je tibatiba jari aku taknak stop menaip aku ikutkan je hahaha so itu je. Thanks for reading, akaks sayang readers akak ahahaha malam esok im going to kl then lepak kl jap then straight to johor, doakan perjalanan kita selamat pergi dan balik okay? Thanks readers i love you :*
But first, akaks nak belanja gambar. Haha.
Awek awek and I admit im the most selekeh lah haha
Ni pulak cam ootd ah aku acah acah ayu sebab dengar ceghita lelaki sekarang sejahat mana pun perangai nak perempuan lembut okay lah okay lah akaks jadi lembut nok.
Hi hello and assalamualaikum.
Actually today I'm not going to update much.
It just I want to share something that I found.
Hopefully it will teach you something.
So have a nice day everyone.
Hope Allah SWT will bless you everyday :)
And yeah, If you don't mind.
Could you guys please pray for my result?
My result is on this Thursday.
I am so worried.
I wish I can get 3.00 above.
Please pray for me.
And I'll pray for you too.
Thankyou very much readers.
Assalamualaikum :)
Kadang kadang, masa korang tengah ada masalah,
Kau rasa marah bila kau rasa Allah SWT takda dengan kau,
Kau rasa macam kau handle masalah kau sorang sorang,
Tapi sebenarnya Allah ada. Dia nak kau jadi kuat sebenarnya,
Masa kau lupa Allah, kau rasa serabut,
Ada problem dan rasa lost,
Sebenarnya masa Allah uji kau tu,
Dia nak kau berurusan dengan dia, mintak tolong dia,
Tapi manusia, kadang kadang ada yang sombong,
Kadang kadang marah Allah sebab uji macam macam,
Tapi percaya, Allah uji kerana sayang, bila kau rasa Dia takda walaupun Dia sebenarnya ada,
KAU CARILAH DIA. Dia akan tolong kau, melalui orang lain, ataupun diri kau sendiri :)
And I found this too.
Betullah tu. Allah yang ciptakan dia pun dia boleh lupa,
Sedangkan kau siapa? Orang biasa.
Tak mustahil pun dia boleh lupa.
Kalau Allah yang cipta dia pun dia tak sayang,
Macamana kau boleh expect dia sayang kau yang biasa tu?
Fikir.
Manusia, macam aku cakap haritu,
Mereka lebih memilih untuk mengadili,
Menjadi hakim untuk menghakimi,
Dan kadang kadang buat keputusan sendiri untuk menghukum.
Nah. Tengok balik apa kerja kau sebenarnya.
Tapi ingat semua ni dengan bantuan Allah.
Itu je. Assalamualaikum.
Sekarang aku letak depan mata kau dua biji buah, buah oren dengan buah epal,
Then aku tanya, buah mana yang masam buah mana yang manis,
Dan aku yakin kau akan jawab buah oren yang masam buah epal yang manis.
Takrasa pun buah buah dalam gambar tu tapi tahu yang mana masam yang mana manis,
Hebatnya kita mengadili. Sekadar tahu nama, sekadar dengan cerita, itu dah cukup.
Dan cuba bayang kalau aku gantikan buah buah tu dengan manusia,
Aku jadikan diri aku sebagai contoh,
Bayangkan aku letak diri aku, yang becok ni, yang banyak cakap, yang kecoh, yang gedik, yang suka cakap kasar, yang mengada ni,
Sebelah seorang gadis yang lemah santunya, sopan bicaranya, lembut gerak gerinya, tenang setiap katanya,
Kemudian aku tanya,
"Antara dua manusia ni siapa yang takboleh percaya?"
"Antara dua manusia ni siapa jahat?"
"Jika kedua keduanya diberikan rahsia yang sama dan hanya mereka yang tahu, dan satu hari rahsia itu bocor, siapa yang dituduh membuka mulut?"
"Jika berlaku perselisihan faham antara kedua duanya, muncul cerita berbeza dari mulut masing masing, siapa yang dituduh mereka cerita?"
"Jika kedua keduanya menangis, siapa yang dituduh berpurapura untuk mencari perhatian?"
"Jika kedua duanya dihukum, siapa yang disembur dengan perkataan 'padan muka'?"
AKU.
Kau tahu kenapa? Sebab manusia memang suka mengadili,
Tahu nama, dengar cerita, nampak dengan biji mata sendiri,
Aku yang becok, mestilah aku yang takboleh percaya,
Aku yang cakap kasar, mencarut, mestilah aku yang jahat,
Aku yang banyak cakap, mestilah aku yang bocorkan rahsia orang,
Aku yang gedik mengada ngada, mestilah aku yang pura pura sebab nak kan perhatian,
Aku yang tunjuk semua perangai aku, mestilah aku yang kena padan muka.
Manusia, memang macam tu. Konon power.
Tengok dari luar. Konon dah tahu dalamannya.
Konon sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya?
Yang nampak lembut selembutnya tu, selalunya baik agaknya.
Walhal, kalau dia buat taik belakang kau pun, bukannya kau tahu,
Cuba kantoi si lembut tu buat benda tak elok, kau tahu orang akan cakap apa?
"Eh takkanlah dia nak buat macam tu. Dia tu lemah lembut. Baik orangnya. Fitnah agaknya"
Sedangkan orang fitnah aku, kau ambik semuanya betul.
Percaya sangat yang pesen lembut, baik, pijak semut tak mati ni,
Belakang kita, entah entah pijak tanah pun letak air boleh jadi tasik,
Orang macam ni lah yang selalu jadi api dalam sekam,
Orang macam ni lah yang jadi musuh dalam selimut,
Orang macam ni lah yang jadi gunting dalam lipatan,
Orang macam ni lah yang jadi silent killer.
Tapi aku takda lah nak cakap semua wanita ataupun gadis yang lemah lembut ni jahat,
Dan takda juuga aku nak cakap SEMUA perempuan macam aku ni baik,
Aku pun bukannya baik, cuma aku kadang kadang kesal,
Satu kesalahan aku buat, kebaikan aku semua tak nampak,
Kalau aku involve dalam apa apa gaduh ke selisih faham ke,
Orang cakap aku yang cari gaduh walaupun orang taktahu apa punca.
Kau tahu kenapa? Sebab aku jadi diri aku.
Tunjuk perangai gedik, mengada, kasar, banyak cakap, banyak mencarut tu dekat orang,
So apa apa aku lah orang nampak.
Aku hormat perempuan yang lemah lembut, sopan, pijak semut tak mati,
Sebab dia betul betul jadi perempuan sejati,
Tapi aku taktahu kenapa, after a few things,
I change my mind.
Jangan terlampau percaya perempuan yang betul betul perempuan,
Sebab bisa dia kuat.
Tapi aku tak cakap semua okay?
Mama aku pun lemah lembut, sopan, baik, semua ada, luaran dan dalaman.
Mama korang pun mesti macam tu kan?
Okay dah. Tu je. Aku dapat idea nak menulis walaupun tak seberapa. Jadi selamat malam. Eh tak selamat pagi. Maaf kalau ada silap dalam berbicara. Aku taktuju pada sesiapa. Sekadar pendapat, andai ada yang terasa. Maaf. And Assalamualaikum. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan hidayah dan petunjuk pada kita semua. Ameen.
Well hello guys and assalamualaikum. And hello ladies too. Hehe. Fuhh fuhh banyak habuk. Ehek ehek batuk batuk. Eceh. Dah lama tak update. Konon busy. Padahal terperap dekat rumah makan tidoq makan tidoq. Eh did I update yang kaki patah segala? Dah update kan? Lupa. Okay whatever. Talk about patah kaki, I actually need to go for an appointment next week on 18th May. The doctor will confirmed either I can take off the cement at my leg or I have to wait any longer. And he'll tell me when I can start to walk using this leg again. Kehkeh. But then I know that I'm so degil and rimas with this cement, so I decided to take it off by my own. Haha and I did it I did it I did it yeayyy ! *Jejoget macam Dora*
At first tu gatal sangat so bukak dia balut tu sikit sikit tau. Then longgarkan sikit sebab doctor balut ketat sangat kan. Then haritu bukak semua. At first risau juga tengok kaki pelik sangat. Haha lebam sembab hitam oh teruk sangat. Tapi dah bukak a few days ni, alhamdullillah seems like better lah. Hehe. Tapi to be honest rasa macam orang kena stroke, kaki tu memang takboleh gerak langsung. Why lah heh. Tapi sebenarnya memang aku sendiri pun takut nak pijak. Yelah. Tak sure kan dah betul betul recover ke tak ken, so biar dulu lah. Once the doctor said dah okay aku nak belajar jalan balik sampai pandai.
So cuti sem is not so good. Haha as I told you guys before that I only makan tidur makan tidur. Dah tu nak buat apa? Kerja? Dengan tongkat ni? Kerja apa je boleh cuolls? Nak jalan jalan? Dengan tongkat ni? Nak apa lagi? I just can sit like a boss je dekat rumah. Beza dengan boss biasa, takda gaji. Ah I am so craving for money right now. Tak tipu. Lama dah tak pegang duit bebanyak. Nak mintak from my parents pun, nak g mana je kalau diorang kasi duit? Balik balik duduk rumah je kan? Haha
Taktahu nak descibe how bored I was tapi just imagine seorang awek yang hyper active tak ingat dunia tibatiba need to spend her time at home for a month without doing anything. Not being proud with the hyper attitude tapi tulah, nak cakap betapa bosan nya. Tapi what happen really give me a lesson. Biar I remember that I'm not supposed to be so hyper and drag myself into a situation like this. Haha. So lepasni I nak main apa apa pun I akan lebih beringat biar I tak kena macam ni lagi. Seriously serik. Bukan serik duduk rumah tapi serik kena duduk diam diam. Hahaha.
Worst part is bila nak kerja pun takboleh. Baru berangan nak beli phone baru. Yelah I bukan anak berada dari kecik nak beli apa apa usaha sendiri so nak tukar phone pun kena guna duit sendiri. Dah lama dah plan cuti sem nak kerja then nak beli phone. Tapi tulah kan, kita merancang Allah pun merancang, tapi sesungguh nya perancangan Allah tu lebih baik. Hehe. Jadi redha je. Maybe Allah buat macamni sebab nak I duduk rumah je tengok muka mama abah. Tu pun dapat tambah pahala what? Instead of merayau kemana mana. Hehe take it positive cuolls.
So my plan setakat ni nak jadi blogger tegar balik eventho I know no one visit my blog anymore tapi takpalah. Atleast I can share anything that I want to share, those who still reading thankyou very much for being loyal. Haha. Atleast daripada I meroyan tak tentu hala dekat twitter tu baik I keep on updating my blog kan? So thats all from me for tonight. Selamat malam Arjuna Beta. HAHA Assalamualaikum :))