BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Thursday, 28 February 2013

Rampasan.

Tumblr_miupclcy8o1r2f2o2o1_500_large
Hi assalamualaikum. Takjawab dosa, jawab gatal. Ayat mat greng. Har har har. Lama dah tak tengok Hantu Kapcai. Rindu bhai. Duduk rumah kerja aku tengok cerita zizan je. Duduk sini, nak hadap tv pun taktahu bila. Omg. Teruknyah. Lame lame lame! Pergh. Tv tu apa? Taktahu. Kbye. 

So semalam aku tak update blog pun. Ahh. macam korang kesah kan? Tssk. But i think peminat peminat aku nih mesti kisah ni. Ye dak ye dak? Har har. Ah lantak. So baru balik kelas. Penat. Semalam tak update pun sebab penat jugak. Lagipun aku nih takda masa. Acece. Busy kate kooo. Semalam kelas satu hari. Balik kelas nak pergi shooting. Nak buat video clip lagu baru semua. Em. Susah tau jadi artist yang meletop letop nih. em em. Tolong lah siapa siapa ambik job aku yang banyak gila tu. Tolong lah. HAHA. Konon.

So hari ni sempat lah sebab kelas habis pukul lima kan. Hehe. And kira not bad lah hari khamis ni sebab kelas start lewat. Pukul sebelas. K lewat ah tu. First class is class Encik Fuad or nama manja beliau abang fu. Eh? Hahhaa

Hm. Pengalaman bhai masuk kelas tu. And i am not going to tweet or play with my phone in that class anymore. Haha. Menyesal aku tak ikut cakap babyboy aku Zizan Razak. Dia dah pernah pesan jangan main phone dalam kelas. Aku main jugak. Nampak tak aku tak dengar cakap babyboy tu? Haha. Sorry baby baby. Sorry. Haha. 

Tapi aku memang main phone dalam kelas bhai. Jujur. Well, this is not school. HAHA. Nampak tak ayat orang baru nak membesar? Tapi aku taktahu apa nasib aku hari ni boleh terkena. Aku rasa orang sabotaj ni. Hm. Someone tweet encik fuad told him yang aku main phone kot. Haha. Lantak ah. Tapi masa tu dia macam dah nak habis mengajar tau. Then aku bukak phone. Pergh. Tiba tibaa ... 

"Haa awak dua orang tu. Datang depan. Bawak dua dua sekali datang depan" 

"hah? Ape? Saya? Siapa?" 

"Ye awak. Bawak phone. Dua dua." 

Aku tengok orang belakang. Sangat bengong masa tu. Toleh kiri kanan. And encik fuad cakap dengan aku. And he ask me to bring my phone in front. Haha. And satu lagi phone, phone tasha. Pergh! Aku dengan tasha memang ada chemistry. 

dengan selamba badak aku pergi depan bagi phone dekat Encik Fuad. He said that he's going to pegang our phone untuk sementara waktu. Then dia cakap ada test lagi. Dia masuk ambik soalan dekat pejabat dia which is sebelah smart room yang kitorang belajar tu lah. Masa tu satu kelas bahan aku dengan tasha. HAHAHA. Cilakak. Dah la masa tu phone tak silent. Berpasak pasak orang mention ni. Hahaha. 

Ayat takleh blah nya,,, 

"Jo, pinjam phone kau kejap. Oh takda phone eh?"

"Aku ada phoneee"

"Nak tweet tak jo?"

"Rajin jo dengan tasha study. Phone takda"

"Eee takda phone"

HAHAHA. Memang lawak semua. Kalau check mention tu semua nak tweet aku dengan tasha phone kena rampas. Hm. Macam ni ah kawan. Macam ni. Hahahaha. 

So masa habis kelas tu me and tasha was teragak agak ah sikit nak ambik phone. And at last, tasha mintak dengan encik fuad. Haha. He ask us to switch off the light aircond fan. Pastu suruh kunci pintu semua lah. Siap semua tu dia cakap,

"Kalau sekali lagi awak buat benda sama, satu minggu saya pegang phone awak" 

Okay encik Fuad. Saya takbuat lagi. Haha. So perit jugak pengalaman tu. Atleast boleh aku focus jawab soalan test tu walaupun bukak buku. HAHA! Test materials paling rilek. Haha. 

So dah semua. Itu je cerita menarik untuk hari ni. Ergh. Oh. Saya rindu budak sains tu. Hm. Dia tak reply pun text message aku. maybe dah tukar nombor. Mungkin. He hates me. Till then. Pray i'll find someone that will love me back. eh? Haha. Byeee :* 

Aip! Jangan lupa vote zizan razak. Beli berita harian, pangkah then hantar. Or else, sms je. Hehe. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara pengundian, tekan SINI. Till then. Assalamualaikum. Much of love :) SIncerely, JO :*

P/s: Rindu Elias. 

Wednesday, 27 February 2013

The Small Talk :)

11434513z-1_large
Hi earthlings :) Hello and assalamualaikum wbt :) Hari ni i didn't update my blog yet. Tidak dinafikan kalau ada ramai peminat yang tengah rindu. Ecece. Takyah malu malu. Mengaku je lah. Aku tak kisah. Lagi pun aku dah faham aku ni ramai peminat. Nama lagi artist. Bukan setakat berlakon, menyanyi, menari semua boleh. Bukan itu saja, saya juga boleh melakukan aktiviti aktiviti ekstrem seperti menahan diri dari ketawa, berhenti bercakap dikala orang suruh diam. Hm saya memang suka aktiviti lasak macam tu. 

So what happen today? Ah. Takda apa yang jadi. Woke up such a very early in the morning, take a bath siap siap then start to walk from kamsis to campus. Omg. Almost everyday keep doing the same thing, balik kelantan nanti tinggal tulang je. Eh no. Sorry. I mean Paris. Takda ah. Bergurau je lah. Jangan pulak nanti masuk paper, kekasih hati zizan razak lupa diri. Hahaha. Teruk nau tu bunyi nya. Hehe. 

So hari ni kelas ape je -.- Yea. English class and computer application. Bak kata egy, boring sekali boring dua kali boring tiga kali. Apa dah nasib aku. Masa kelas computer application tu sangat lah bosan. And aku taktahu apa dosa aku, aku dapat computer yang line dia. Pergh. Punya lah slow bhai. Size je besar tapi line slow -..- Menyirap.
Then lepas habis kelas dalam pukul 12.45 gitew. We headed to Taman Cempaka. Aku ada sesi lunch bersama peminat peminat. Hm. Nampak tak aku ni mesra peminat? Sanggup jalan kaki sebab peminat ajak makan. Tak sampai hati nak naik kereta while peminat jalan kaki. So aku decide nak jalan kaki jugak. Omg. Mohon reporters baca ni dah letak dekat front page setiap paper. Sekian. 

Makan makan. Balik tiduq. Berdengkuk. Seriously. Kononnya nak break dengan tidur. But then bila ada masa free, tiduq jugak. Haha. Dah tu. Rugi tak tidur bhai. Bukan ada kelas pun petang. Tidur lah puas puas sebelum petang selalu aku dikacau oleh extra class. Emph emph. 

Till then. Esok ada presentation polibriged. We'll see apa pulak komen lecturer kesayangan #DSB1A. Let see nanti. Haha. Entah apa lah dia nak komen nanti. Wish me luck guys. Doakan aku tak buat salah depan dia nanti. Contoh nya menggunakan bahasa pasar ke bahasa tepi pantai ke ape -.- Ergh. 

So nak tiduq dah ni. Byeee. Eh wait. jangan lupa undi buah hati gua bhai. Hehe. Beli BH then pangkah dekat nama zizan razak tu. Kalau sayang aku buat k. Hehe. Nanti kalau dia menang, aku jugak yang happy. Korang semua taknak tengok aku happy? Nak kan? HAHA. So vote. Haha


The cute pictures by us tadi. Haha. Makan dekat TC pun nak ambik gambar. Gian bhai. Sebab kami cute. HAHAHA. 

K. Jo is being poyyo. Kick me. Har har. Dah dah. Much of loves. Bye. Sincerely JO :* 


Monday, 25 February 2013

Goodbye Sleep :)

Tumblr_mirddo1xvm1qjm9bpo1_500_large
Assalamualaikum wbt. Dengan lemah lembut memakai baju kurung aku melangkah dengan peuh ayu lalu tersepak beberapa orang peminat dan mungkin menyebabkan aku tersadong. Namun begitu langkah yang penuh keayuan tu ku gagahi dan akhirnya aku berjaya menahan diri ini dari tersadong. HAHA! Boleh buat novel komsas budak sekolah menengah ni blog aku ni. Har har. 

Gelak pesen baru cemtu ah. Har har. So nak aku cerita kat sini yang aku dengan tidur dah jarang bersama. Kami masing masing bawak haluan sendiri. Aku sekarang ni memang dah ada hubungan dengan orang lain. Tapi aku terpaksa sebab pilihan keluarga. Lalu dengan terpaksa aku meninggalkan tidur. Hm. Aku faham tidur mungkin sedikit kecewa namun esaimen lebih berhak untuk aku. Esaimen mampu buat aku dapat duit banyak nanti. Hm hm hm . 

Damn. Ini adalah ceritera cinta antara satu aku dan dua dia. Kelas bhai ayat. Haha. Nak cakap yang aku ni memang tak cukup tidur doh skarang. Dan esaimen paling menyakitkan hati adalah drafting ah. Jujur, belajar rilek je. Tadah telinga je dengar. Catat ah sikit sikit en. Then bila sampai bab nak buat tu. Perghhh ! Haha. Buat dengan pensel sedap je. Bila sampai part nak kena guna pen, kena hati hati. Dengan guna artline. Kau faham ah macam mana. Dia punya ink tuh. Mencacatkan garisan aku. 

Buatnya tersilap buat sikit memang redo ah jawab dia. Kau tahu tak redo tu memenatkan. Sangat penat. Nak kena buat benda sama dua tiga empat kali. Berkali kali doh. Tu yang jadi tak tidur malam tu. 

Tapi apa yang aku boleh cakap, belajar architecture ni sangat penat ah. Kena sedia mental dengan fizikal dengan sebaik baiknya lah. Kalau ada budak lepasan spm tu nak ambik architecture, kena ingat benda ni taksama macam kau buat LK. Lk takpa ah guna pensel. Salah sikit sapu. But then kalau dah jadi budak architect ni, Hm semua guna pen. Takda ah semua. Tapi kena guna pen. Fufuh. 

Aku mampu cakap yang budak architecture ni kena banyak bersabar lah. Kena korbankan masa tidur kalau nak hasil yang memuaskan. Pastu takyah nak manja, nak cengeng sangat ah. Har har har. Sediakan mental dan fizikal secukupnya. Tu yang penting. Haha. Kau nak kena hadap assignment dengan project yang berlambak lambak. Nak boleh gila. Silap hari bulan bilik kau bersepah sampai kau boleh sesat dalam bilik kau sendiri. Haha. 

Ceyh. Tibatiba jadi sesi menasihati pulak. Haha. Aku baru dua bulan ambik architecture. Haha. Dah konon konon nak bagi nasihat. Haha. Tapi aku dah mula rasakan perbezaan nya sekarang. Haha. Before christmas hari tu rilek sangat, bukak cuti tuh sikit sikit je assignment. Pastu cuti CNY. Bukak ni perghhh sampai takboleh tidur assignment nya. Tapi satu sebab je senanya. Sebab tangguh kerja. HAHAH. Aku yang teruk. Kbyeee. 

Dah ah. Malas ah nak bercakap. Penat dah aku menulis. Taktahu nak tulis apa dah ni. Haha. Makin kelaut dah penulisan aku. Haha. bYe semuaaa :* Sincerelyyy, jo :) Much of love :*

Sunday, 24 February 2013

Wrong number?

Tumblr_lluqtsdytl1qdtq63o1_500_large

Hi assalamualaikum. Tibatiba i've got an idea to update my blog. I just want to ask your opinion guys girls. Hehe. Tapi aku rasa korang takkan bagi respon. Har har har. 

Just now there's someone called me searching for someone yang nama dia Fikri if i'm not mistaken. And orang yang call tu lelaki. Then i said lah there's no one yang nama Fikri dekat sini. Wrong number lah i think. Aku tak kenal orang nama Fikri pun. Next is dia tibatiba tanya aku ni tengah ada kat mana. 

Then i said Ipoh but then aku cakap Kelantan. Dia mesti pelik en. Aku pun cakap lah yang aku orang Kelantan tapi stay Ipoh. Haha. Jo is takmalu. Orang tak tanya pun dia cakap. HAHA. Pastu orang tu lelebih. Alang alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan ah konon. Nak tanya nama semua. Nak kawan blablabla. Kang elok elok lengan je masuk dalam perkasam tu, satu badan dia aku sumbat dalam perkasam tu. Jadilah orang celup perkasam. Eh?

First, aku nak tanya, kalau benda ni jadi dekat korang, orang yang salah number nak kenal dengan korang, what would you say?

Second, macam mana korang cakap dengan orang yang tersalah tu? Korang guna nada baik ke nada garang ke nada menyampah ke nananananada cinta?

Third is, andai kata orang tu tanya nama you olls, korang jawab apa?

Ergh! I'm sick with this situation. Bukan sekali kena. Dah banyak kali kena. Aku taktahu siapa letak nombor aku dekat dinding dinding bus stop yang menyebabkan orang yang tak dikenali dapat nombor aku then call -.- I didn't said yang orang tu main main buat buat salah nombor but aku pelik macam mana dia boleh dapat nombor aku?

Dan kenapa dalam banyak banyak nombor, nombor aku yang dia terkena. Macam menang loteri bhai -..- Kalau dia tahu aku artis mesti hari hari dia call aku ajak couple. Em tak suka lah. Aku dah ada zizan. Em em. Nampak tak aku dah lari topic? 

For my opinion lah kan, aku kalau orang salah number mula mula aku jawab elok je. Tapi kalau dah lelebih tu aku malas dah nak layan. I'm not being sombong and so on but aku rasa sangat gedik kalau layan orang yang tak dikenali. Like seriously. 

Lain lah kalau kau dah jumpa orang tu. I mean kenal sebab jumpa dekat camp ke ape. Ni kalau melalui phone , bahaya siak. Entah entah orang tu perogol bersiri ke, perompak bank ke, peragut makcik makcik ke, penagih dadah ke, kena hiv aku. HAHAHAHA. Tak tak. Bergurau. Untuk makluman semua HIV takkan berjangkit melalui phone. 

So aku mintak maaf andai kata kami gugur semua. Taburlah bunga di atas pusara. K. tu taklawak. Har har har. 

Andai kata ada siapa siapa yang tersalah number, dan tibatiba kau fefeeling nak kenal dia  dengan lebih lanjut sebab kau rasa dia awek awek dan kau kesepian blablabla dan orang yang kau call tu layan kau nak taknak, kau tolong lah faham dia tu tak berminat nak kenal dengan kau. Tapi tu bukan sombong tapi lebih ke arah berhati hati senanya. Tu aku lah kan. Macam aku cakap, aku rasa sangat gedik kalau layan orang yang taktahu dari mana. 

Bitch please, aku bukan nak cakap aku bajet hot orang selalu salah number ke ape. Tapi aku rasa sangat gedik bhai. And please, i'm not being sombong. Thats it. Sekian. 

Dah ah. Malas nak cakap banyak. Taktahu ape je aku mengupdate ni. Chioww dulu the buah buah hati :* MUCH OF Love, JO :*

Saturday, 23 February 2013

The Salmah Salmah.

Tumblr_mhrtba9pnl1qd8q7fo1_1280_large
Hello. Mengantuk mengantuk pun masih nak update blog. Emph. Takpa. ku gagahi jua. Har har har. So hi Assalamualaikum. Takda apa pun singgah sini ni haa. Dah blog aku, saja lah datang nak jenguk jenguk kawasan kejap. Ha tu ah cerita dia. Datang sini pun bukan apa pun. Alang alang dah singgah dalam blog yang hot gila nih, ada lah jugak terdetik di hati kecil ni nak bercerita lah sikit sikit. Alah. Orang kata nak berkongsi pengalaman. Haaa. Amboi ayat aku. Bajet bajet macam blog ptptn je ayat ni. Haha. Orang nak dapat ptptn lah katakan. Wooo. Memang gila ah kalau takmintak ptptn. Pendek kata bankrup mak ayah aku nak ikutkan anak perempuan dia yang boros ni. Tapi takpa. Wa anak Dato' Sri Datin Sri. Ah sudah. Jangan nak berangan sangat Jo. Kau tu cucu datuk je. Tu pun takrapat sangat. Gebang.

So right now, aku nak cerita pasal si kuntum. HAHAHA! Siapa nak dengar cerita pasal si kuntum? K. Dia pakai selipar dekat siku dan dia comel. Terbang ke sana ke mari menggunakan gaya eksyen kamen. Haha. Lawak betul kuntum tu. Haha. Dah. Aku nak cerita pasal hang out tadi ah. Where me, Tasha, Azmil, Shafiq, Egy and Amir berjimba jimba di kawasan Ipoh ni haa. Kitorang ni dah macam duta Visit Ipoh dah. Ha. Susah kalau berkawan dengan artist hot macam diorang ni. Eh tak. Diorang yang susah ada kawan artist macam aku ni. Pergi mana mana pun orang kejar. Tadi ramai jugak orang pergi tempat yang sama dengan tempat aku pergi. Yang aku pelik sekarang ni, macam mana diorang boleh tahu aku nak pergi sana? Siapa bagitahu ni? Cepat mengaku! Haa cakap ah cakap! Cakap cakap cakap! Yang mana nak cakap tadi cakap cakap! Eleh eleh eleh! Haa eleh lagi eleh! Hahahahaha! Badak oren pendek betul. 

Senanya nak keluar hari ni takda ah kitorang plan sebelum datang belajar kat sini lagi. Kitorang baru je plan tengah hari tadi masa makan sesama. Seriously. Senanya Egy yang keluar kan usul nak pi main bowling. Then kitorang buat deal, siapa menang belanja karaoke. Hm. So tadi janji nak keluar pukul tiga setengah. Tapi biasa ah janji orang melayu. Macam mana. Kalau yang punctual pun orang orang berjaya macam aku je. Tahu hargai masa.................................(Tertidur)..............................Selamat pagi. Baru bangun dan nak sambung. Haha. So, last last kitorang keluar pukul empat setengah. Aku dengan tashaa dah turun awal dah. Nak tunggu Dato' Sri Dato' Sri tu semua. Lama sangat. Dato' lah katakan. Orang kena tunggu dia. Pelik nau kalau perempuan tunggu lelaki. Selalu lelaki tunggu perempuan. Diorang pulak yang make up lebih lebih. 

Dan berbekalkan 16 hinggit tambang teksi, kami menuju ke Ipoh Parade untuk jelajah abpbh. Sesi bertemu peminat kejap. Kononnya nak main bowling, masuk tempat bowling tu, phui ramai gila orang. Fully booked bhaii. Hm. Peminat dah tahu awal awal kitorang nak main bowling, tu yang diorang serbu awal awal tu. Nak bermain dengan kitorang agaknya tapi tanpa mereka sedari mereka tak tinggalkan satu lane pun untuk kitorang. Sedih -..- Fikir fikir fikir nak pergi mana, kitorang pun pergi Hot And Roll. HAHAH. Takcakap pun takpa ._. Pastu bincang bincang, we decided to go to Greentown Mall memandangkan tempat tu dekat je dari Ipoh Parade. Dekat sangat. So malas bazirkan duit, kami memilih untuk berjalan kaki yea. This is the way how to have a healthy lifestyle. Nampak? Orang belajar english memang cemni *flipHairs*

Then then then, berjalan ah ke greentown mall yang konon dekat tu. Konon konon. Penat jugak berjalan bhaiii. Penat gila. Lenguh kaki aku. Tapi sebab dah gian gila nak main bowling, sanggup sanggup sanggup. Berjalan lah. Lintas jalan berkali kali. Buat buat jakun di sepanjang perjalanan. Orang baru nak kenal Ipoh cemni ah. Haha. Sampai dekat sana cari cari tempat bowling. Tersembunyi bhai. Jumpa toilet dulu baru jumpa tempat bowling. Kiranya tempat tu macam tempat untuk artist artist je. Oh lupa nak cakap sepanjang perjalanan tu banyak benda menarik yang kami jumpa. Contohnya madam agnes, puan zaza dan juga kami berkesempatan untuk menjadi Salmah. Kejap ye saya upload gambar. 

This is SaileMah. 

This is TashMah. 

This is Azmah. 

This is Shamah.

This is Egmah.

Kami ni top5 bagi kategori SALMAH PALING POPULAR ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2013. Sekian. HAHA

Aku taktahu lah kenapa ada dinding yang bertulis hi saya salmah macam ni. Apa motif dia? Haha. Pelik betul Ipoh New York skin solution ni. Haha. Then main bowling fuh. Gila best jerit jerit. Haha. Semorang sempat strike. Haha. Kalau Shafiq Azmil tu em em em. Pastu anak buah mereka, Amir tuh, kononnya main first time, first game dia paling sikit, second game dia paling banyak. HAHAHA. Kwaja betul. While me Tasha and Egy consistent je. Macam ni lah orang nak. HAHA. Konon konon konon. Then yang kalah ni kena belanja karaoke pada mulanya. Pergi tempat karaoke sebelah bowling tu 1.20 satu lagu. Tak kena tu bhai. Kami nyanyi berpuluh puluh lagu. Taksempat habis dah tukar. So macam tak kena ah kalau nyanyi dekat situ kan. Membazir ah jadi, so kitorang ambik keputusan nak balik ke Ipoh Parade cari karaoke kat sana en en en. Em Shafiq Tasha Egy dengan Amir jalan kaki. Aku dengan Azmil naik kereta. Hehe. 

Okay sorry. Salah kereta. Hm

Har har har. Kan dah cakap aku dengan Azmil pergi Ipoh Parade dengan kereta. HAHA

Mohon jangan percaya. Then kitorang lepak ah dekat dataran area situ, banyak nau tempat makan. Keliru artist artist ni taktahu nak makan kat mana. Em em. Lalu depan orang tu, orang tu panggil suruh duduk. Lalu depan kedai orang ni, orang ni suruh duduk . So kitorang main duduk je. Makan makan, nampak ah tempat karok area situ. Masuk masuk perghh! 22 hinggit satu kepala. Tiga jam. Kitorang ada sejam je nak karaoke. Memang membazir woi. Haha. Then sambung berjalan ke Ipoh Parade, pergi tempat karaoke, ikut kepala jugak. Takboleh blah. RM 14 Dollar satu kepala. Kitorang fikir rugi sebab bila dah masuk dalam tu, nyanyi semua mesti berebut rebut ah. Memang rugi ah cik kak. Last last pergi main dekat game station. Mula mula aku taktahu nak main apa tau. Tibatiba nampak yang game joget joget tu, terus beli token. Hahaha. Berjoget ah dengan Azmil. Sakit bhai kaki melompat lompat. Seronok ah seronok. Tibatiba lepas bosan tu, aku dengan Egy terpandang game yang misteri. Har har har. Bertutup. Tengok ada skrin besar dalam tu, ada speaker. Dan diluar benda tu ada tulis ia bergerak. HAHAHA! Tapi mahal. Satu kepala empat token. Nak kena main dua kepala. So demi nak mencuba, aku suruh egy beli token lapan. Fuh fuh fuh ! Sedap bhai sedap! MENJERIT MACAM ORANG GILA. Kau kau punya menjerit. TAKTIPU LANGSUNG. WHOaaaaa! Haha. Azmil tolong aku dengan Egy. Dia kendalikan kapal. Haha. Aku dengan egy tembak. Fufuh. Real doh. Rasa real gila. Egy yang lelaki tu pun boleh menjerit. HAHA. 

Pukul sembilan gerak balik dah. Haha. Tapi jujur aku cakap takdapat karaoke pun takpa lah. Menjerit dalam game station tu pun kira nikmat ah. Sedap bhai main game. Fufuh. Then kitorang pun balik lah. Membawa pulang kenangan. Yang disematkan dalam beberapa gambar. Bak kata Yuna, setiap gambar ada cerita, bak kata DJ Dave, menjelang hari raya, berakhir nya puasa. HAHAHA. Dah. Best gila keluar semalam. That is the way architecture student hilangkan stress assignment yang berlambak. Thankyou Tasha, Shafiq, Azmil, Egy and Amir for the day. Alhamdullillah. Hope all of this will stay. MUAH :* The end. Enjoy gambar dulu lah. Hihi. 

Akak dekat belakang nak tumpang masuk gambar. Nak masuk blog artist katanya. Hehe. 

Ni haa. Lima kawan yang buat aku gelak gila gila semalam :)

Dua artis wanita yang sanggup turun padang demi peminat. Haha 

Sepanjang perjalanan ada ceritanya. Chewah. 

Nampak social tak? Haha. Padahal lepak dekat tangga je. Ada meja best woo. HAHA. 

Mat mat rempit mohon sedar. Jangan lah merempit di jalan raya. Gunakan tempat yang disediakan seperti abang ini. HAHAHA. 

Gambar ni dah comel. Kalau aku ada. Em. Taknampak dah comel diorang. Nampak aku je yang comel. kbye :*

Tachaa comel ngat ngat ngat -..-

Bila si Emo dan Kanak kanak bermain guitar. 

Nampak tak aku di sabotaj? Nampak? HAHA. 

The five of Dee Ess Bee One Eyy. 

Good friend don't let friends do stupid thing.... ALONE :) 

Thats all from me. May Allah bless us. And i really hope this friendship will never end. Pray for us. Thankyou. And please, don't forget to vote zizan razak for abpbh:) MUAH MUAH :* 

Thursday, 21 February 2013

P E N A T.

Tumblr_mifp6nvqh51s5llheo1_500_large

Hi assalamualaikum. Just drop by. Memandangkan assignment banyak sangat. 12 drawings to go. Fuh. You can do it jo. You can do it. You have to break up with sleep and bed. Please. Fuh

Penat siak sekarang. Tak tipu. Minggu ni sangat penat. K. Macam aku cakap memang salah aku sebab aku tak siapkan assignment awal awal. Tapi korang kena faham betapa cool nya aku. Cool sangat sangat. Emph. Tapi hati rapuh macam mister potato. Jujur. 

Harini pulak ada test. First materials. Encik Fuad takcakap apa apa pun. Masuk kelas dia mengajar. Bajet bajet bergurau nak buat test. Last last dia buat test betul betul. On the spot bhai. Materials apa pun aku takfaham. Then apa lagi. Dapat soalan, baca, bukak buku, tulis jawapan, hantar. Siap. Masuk kelas agama presentation. Masa agama tu semorang tengah siapkan english punya presentation sebab mostly ramai yang lupa. Me too. I mean my group. Farah Tasha and Boloq. Hm. So siapkan hari tu jugak. Cari isi semua. Siap je boloq tulis Madam Agnes panggil. Well done! Dan dan je. Kenapa mesti kitorang group first? So bantai je kat depan tu. Habis. Dah tu, tibatiba pulak madam Agnes bergurau. Dia cakap ada test. Ingatkan dia nak nyanyi lagu Matahariku ke ape. So, ada test. Jawab lah pulak test. Bantai jugak. Nak belek buku memang takdapat. Duduk dengan partner pun kena jauh jauh. Em em em. Redho bhai redho. Jawab je. Hm. 

Nak cakap betapa letih nya semalam tibatiba tertidur pukul sepuluh. Sedar sedar dah pagi. Nampak tak betapa penatnya tu? Then alhamdullillah. Hari ni dapat voucher buku. Thankyou perdana menteri. I've got RM 250 lah kira. Hm. But RM 220 dah fly. Ah. Not fly. But i'm using it to buy books lah. Nama lagi voucher buku. Tak kena kalau buat beli nasi lemak dekat koperasi tu. Hm. Another problem is duit keluar macam air. Duduk sini baru lima hari aku dah keluarkan tiga ratus hinggit. Good me :) 

Kerja nak membazir je. Hell no. Mana ada membazir. Buat makan. Nak beli itu ini. Nak kena bayar baju kamsis lagi. Tu dah 25 hinggit. Em em em. Duit buat makan lagi. Kerja aku melantak je. Bila nak gemuk entah -..- 

Esok ada pulak kelas ganti yang drafting tu. Hah. kena siapkan tu nampak gaya. Doakan aku mampu siapkan semua. Tanpa redo redo. Pleaseeee. Amin. Doakan doakan aku nih berjaya. Tolong lah. Nak pointer tinggi bhai. Kalau boleh, pointer tu tinggi sampai kena guna lift. Ha. Dah. The end. Weh jap. Aku rindu zizanrajalawak bhai. Artis pujaan beta. Babyboy beta. Em. Lama dia tak online. Eh abang, online lah cepat. Rindu ni. Em em em. Oh btway korang, zizanners tegar. Vote ZIZAN RAZAK for abpbh :) Thanks olls. 

2vtv2aa_large
Pesanan penaja: I love you. Please love me back. I'll be the best for you. I will krim sengih. I will :) 

Done korang done! Bye bye bye. Sincerely, JO :) 

Wednesday, 20 February 2013

Cik Puan.

Tumblr_mie8yurzxq1rfe8pmo1_500_large
HAHAHA! Nampak bengang sangat gambar diatas ni. So hi korang. Assalamualaikum. Wa islam jadi wa kena bagi salam. FUh. Dengan memakai baju polibriged aku update blog. Haaa. Nampak sangat takmandi lagi. Tapi takpa. Biar bau badan busuk jangan hati busuk. Itu dia falsafah dah keluar. Malas nak mandi lagi. Takda mood orang kata. Haa. Penat penat lepak lepak depan blog dulu. Kononnya meluahkan perasaan. Aum. Cuwit tak kite? Hiks. 

Dah! Harini memang best je doh polibriged. Best sangat sangat sangat! Dan kau kena tahu yang aku sedang menipu. Haha. Sekarang baru nak jujur. Kau tahu tak menyakitkan hati sangat polibriged hari ni. Sangat menyakitkan hati. Fufuh. Wa tahan sabar. Tapi no matter what, aku nak cakap budak kelas aku the best. Masih the best dalam presentation. Walaupun presentation aku agak hambar. Bercakap je depan tu. Krik krik gila tadi. Ah kesah. Janji dah lepas. I've tried my best omputih kate. Haaa. 

Ok. Sekarang nak cerita pasal ke bangang an polibriged tu. Polibriged subject yang best tapi bergantung pada tenaga pengajar tu. Kalau tenaga pengajar tu seperti tenaga elektrik, baik kau belajar dengan tiang tiang elektrik je -..-  So sekarang ni nak dijadikkan cerita lah kan. Punya lah syok kitorang study semalam nak buat presentation untuk pertolongan cemas ni haa. Nak buat the best. Siap plan sketsa semua kan. Dengan power point semua kan. Hm. Atlast hari ni menyakitkan hati betul tau tak. Lecturer kami masuk dah nak emo emo. Nak cepat cepat. Takreti sabar ke hape -..- 

Pastu budak yang buat power point kena buat presentation tu dulu. Cik puan tu ada ah pesan en, masa kawan kawan tengah buat presentation jangan buat benda lain. K ah. Yang tu faham ah kan. Pastu masa classmates aku buat presentation dengan group masing masing ada je dia takpuas hati. Bengang pulak aku. Hm. K contoh. Bukan contoh, betul betul. Masa budak budak yang guna power point present, dia tibatiba nak emo. Dia cakap jangan baca apa yang kat depan. K boleh diterima. Dia cakap lagi, kalau tulisan banyak sangat tu nama dia report, bukan presentation. Aku dah dapat rasa dia mula takpuas hati takdapat membahan orang -,- masalah betul. Haa. Budak budak power point ramai yang kena sound konon nya diorang baca, masa lama sangat, kena explain masa play kan video. Blablabla. K. Aku telan je prangai cik puan tu. Aku peghati je. Kecik besar kecik besar aku pandang dia. Haa. 

Then budak budak yang buat presentation tak guna power point pulak keluar en. Ada group yang buat sketsa, ada yang tunjuk demonstrasi kat depan. Ada yang cakap biasa biasa je macam group aku. Haaa. K sekarang. Kalau aku cakap sketsa, apa korang fikir? Dah sah sah ah benda tu fun semua en. Dia jugak cakap dua minggu lepas nak presentation yang kreatif. Nak berlakon lah hape lah. Derr, kalau berlakon, nak buat cerita yang serious gila, pastu muka masam, jalan cerita taktahu apa, tu bukan kreatif nama dia -.- So budak budak kelas aku, semuanya memang bongok bongok en. Kehidupan biasa ni dah memang semua orang jenis kaki buat lawak. So sketsa tu, fun ah doh. Ada ah lawak lawak. Pastu ada group ni, group Boloq, Amir dengan NANA buat sketsa yang macam banyak babak en. Dia boleh pulak tanya berapa babak lagi. Banyak babak semua -.- Dah nama orang tu present pasal patah. Patah banyak jenis. Tahu lah orang yang present tu. Derr. Dia bajet nak bahan group patah tu. Dia tanya, "bukan ke patah tu dia pengsan". Aku pun menjawab , patah tu takda pengsan. Orang tu sedar. Takdanya nak pengsan. Ada yang pengsan tapi taksemestinya orang patah tu pengsan. Bukan nak bajet bijak ke ape, tapi sebelum dia nak menyatakan fakta macam tu, better aku betulkan. Hm. 

Pastu macam group Syafiq Azhan dengan Acai, diorang explain biasa an. Tapi diorang ada tunjuk demonstrasi cara nak rawat semua kan. Diorang bergurau. Buat buat lawak. Bergurau diorang takda ah lari sangat en tajuk tu, tapi Cik Puan tu nak emo pulak. Awak serious sikit boleh? Semua nak serious -..- Hm. Lawak tu takda ah disengajakan tapi kitorang tergelak. Nak buat acano -..- Hm. Lawak tu ah yang buat kitorang tak mengantuk dalam kelas dia. HARAP MAKLUM. Then group yang buat presentation dengan demonstrasi tu mostly kena marah sebab takserious. Pebenda ah ! Then group aku. Buat presentation je. Cakap cakap. Macam presentation ah kan. Nak tunjuk demonstrasi tu, nak tunjuk apa sangat. Ye. Aku tahu ah presentation kitorang macam boring sikit an. Sebab we just talking about fakta. But then dia jugak yang cakap nak serious semua an. Aku buat serious lah. Pastu tibatiba dia nak marah cakap jangan guna bahasa pasar. Bila pulak aku jerit cakap nak beli ikan nak beli ayam. Dia nak guna bahasa standard ah konon. Hm. K. Kena lagi. Pendek kata semua orang kena. SEMUA ! Fuh gila ah. Menyirap betul air sirap aku. AHAHA! 

Susah kalau ada pengkritik tegar dalam kelas. Ye aku faham dia lecturer. Dan tajuk yang kitorang belajar tu penting takboleh buat main. Tapi berdasarkan dia nak sketsa tu, logik ah kalau diorang berlawak. Berlawak pun macam aku cakap, taklari maksud. Tu pun nak emo. Nak serious. Agaknya dia nak kitorang buat sketsa yang mampu buat dia mengalirkan airmata agaknya. Kuat sangat tengok ombak rindu agaknya. Hm hm. Then kalau group yang powerpoint dia nak emo sebab dia cakap diorang baca. Pebenda entah. Semua tak kena. Kalau serious, dia tibatiba nak libatkan bahasa pasar -..- AKU TAKFAHAM. Yang paling bengang nya masa nak balik tadi Hanif ketua aku ada tanya bila pulak latihan kawad en, nak practise . Haa. Dia cakap ah kitorang semangat. Hanif cakap, memang ah sebab kitorang nak menang. Dia pun cakap, dari sem lepas lepas lagi kelas dia nak menang tapi tak menang menang. Macam mana nak menang kalau kau asyik nak patahkan semangat student kau ? Hah ?! Kitorang dengan sarjan askar tu boleh semangat semangat, siap pusing satu padang, kau datang tibatiba nak patahkan semangat. Elok sarjan tu tembak kau dengan senapang dia. Haa. Dah ah. Emo pulak aku. 

SO kau doakan pintu hati dia terbukak sikit. Biar dia tahu nak enjoy dalam dunia ni. Hidup takboleh serious sangat. Get some life. Fuh! Menyampah siak. Kbye! Sincerely, JO ! 

Morning !

Vse1at_large
Good morning world. Acece. First time ni wish good morning dekat blog. Muahaha. Nak show off jap bangun awal hari ni. SO dear readers yang dah bangun. Morning. Ehem. Want to know something? I think everything is back to normal. Walaupun taksemua nya. Hahaha. At least ada lah krim sengih yang boleh buat aku segar di pagi hari dikala aku bangun nak buat assignment. Kiranya macam pembekal semangat dan pemberi dorongan ah tu. Nampak? Haha. I hope all of this will stay. Amin. I wish there is no more a boring conversation. I wish. hehe. Dear krim, please. Kbye. Morning olls. Nyahaha. Kbyeee :* Sincerely, JO :) 

Penangguhan.

Tumblr_migunumcir1r1mrt7o1_500_large
Dear you, be mine maybe? 

Hi assalamualaikum wbt. Ehem ehem. Test test check check rock rock. Ujian ujian cek cek batu batu. Demi negara tercinta, ku korbankan jiwa. Demi masa sesungguh nya manusia kerugian. Dah la tibatiba nyanyi boleh pulak gabung gabung lagi. Sepohon kayu daunnya rimbun betul. So hi korang. Hihi. Rindu tak? Okay. Siapa rindu angkat tangan. Haaa awak tu. Kenapa jilat tahi hidung? Kotor lah awak. Haa. Jangan pandang orang. Awak tu. Hm. Jangan buat macam tu lagi lain kali. Tak elok. Nanti kalau awak kena sidai kain masa awak tengah makan macam mana? Ha. Takda kaitan lagi. Tapi tu lawak hambar. Kalau bawak pergi audition Raja Lawak tu takboleh ke peringkat seterusnya lah orang kata. Haaa. 

So so so so. Takda apa pun update blog ni. Saje saje nak bergurau dengan peminat peminat i yang memang minat sangat dekat i. Nama lagi peminat dah sah sah minat. Kalau nama penyapu tu bukan minat nama dia. Tu nama dia alat yang digunakan untuk menyapu sampah sampah di dalam bilik. Ha tu penyapu. Bukan peminat. Ah sudah. So korang nak dengar cerita sedih tak? Memandangkan sekarang ni aku dah jadi penduduk tetap New York, so banyak sikit ah job. Pengarah filem kat sini semua nak aku je berlakon. Kalau boleh filem filem dekat sini, ada muka aku je. Satu satu filem nak bagi aku lima watak. Aku taknak lah kan. Kang orang cakap aku tamak pulak. Hm. Tamak tu takpa lagi. Kalau orang cakap aku tomok acano? Aku nak jawab apa nanti? Hm hm. Tak bercakap pun takpa aku ni. Isi dia kosong. HAHA. 

Ah back to reality. Sesungguhnya anak Dato' Sri ni sangat busy sejak sejak habis cuti raya cina ni. Fuh assignment berlambak bhai. Kalau cantum cantum semua assignment tu dah seluas lautan agaknya. Haa nampak tak hiperbola disitu? Melampau. Tapi macam biasa aku taksalah kan siapa siapa. Salah aku jugak. Dah tu siapa suruh kau malas sangat Jo? Kemain balik Kelantan bawak balik T-Square, fail besar bapak gajah, kononnya nak menunjuk dekat orang kampung kau ni ada pembaris dengan kertas besar besar. Nak suruh orang tahu kau tu budak architecture? Haha. Bodoh jugak aku marah dekat diri sendiri. Tu muhabasah diri nama dia. Basah pon boleh. Haha. At last balik bukan buat apa pun aku ni. Mengadap je laptop ni. Online online online. Astaghfirullah. Siapa lah yang cipta facebook dengan twitter ni? Mereka dah buat pelajar pelajar tidak belajar. Hm. Haha. So bawak balik sepuluh assignment, datang sini balik pun sepuluh assignment. Begitulah ibaratnya  bhai. Ibarat mencurah air ke daun keladi. Letak sabun sikit, basuh basuh, boleh letak nasi lemak. Jual. Takyah guna surat khabar. Pendekatan alam semulajadi nama dia. Haha. 

Dah dah. So semalam aku buat assignment dengan penuh bersungguh sungguh. Sampai tak tidur derr. Lelap kejap kejap je. Then pukul 6 boleh pulak aku terlelap. Bongok ah. Sedar sedar dah lewat. Gelabah ah. Dah la pagi tadi kelas Miss Agnes bhai. Memang berani ah kalau datang lewat tu. Haha. Masuk kelas buat taktahu then Miss Agnes said "why is everyone late today?" Nampak tak yang budak kelas aku ramai jugak yang lewat. Agaknya lah. Mana tak nya semua tidur lewat semalam. Siapkan assignment mungkin. Ataupun habiskan masa tweet Shila Amzah? Whoops! Haha. Kesah pulak aku. Haha. Pastu nak dijadikan cerita, malam tadi main dengan kertas A3, masuk kelas tadi pulak Miss Agnes suruh buat reflection pulak. Fufuh. Main pulak dengan kertas A4. Sepahkan meja. Cari kertas kertas yang dia bagi lepas lepas. HAHA. Rasa macam serabot macam perabot dah aku tadi. Sangat serabot! Haha. Aku rasa dekat dekat final exam, gila nanti semuanya. At last makan kertas semua. Hahaha. Fufuh. Jujur wa cakap wa penat. Makin banyak assignment waa. Tapi waa tahu salah waa sebab waa takbuat awal awal. Salah waaa! Hahaha. Emo pulak. 

K ah. Dah. Wa nak berambos dulu. Walaupun ni blog wa. Biar wa yang undur diri. Haha. Nak halau korang tak tergamak orang kata. Haha. Dah ah. Taklawak. Muah kiri muah kanan. Doakan aku boleh buat presentation dengan sebaiknya besok. Muahaha. Dan doakan aku mampu tidur malam ni walaupun sekejap. Hehe. Kbye korang. Sincerely, JO :) 

165016_509390855749305_681363724_n_large

Pesanan ringkas : Sangat sunyi. Makin sunyi. Rasa sangat kehilangan. Sebab kebodohan, hilang kawan. Kalau lah boleh ulang masa......E

Tumblr_migx4w8rgu1s64kgho9_500_large
Dah dah. Keluar semua. Kena gigit dek benda alah ni, main samak ah korang. Kbye :) 

Tuesday, 19 February 2013

Happy Birthdayyy ACAI :)

Embedded image permalink
Ching ching ching. Starting dah kena dah. Haha. Baca tajuk entry pulak. Macam dah kena jugak. Haha. So. Had another awesome night with le classmates :) Hehe. AH malas nak cakap banyak senanya. Assignment drafting tengah tunggu gua. 

So entry ini didedikasikan untuk sahabat beta Adib Azlan atau nama hot nya Acai. Haha. Mohon acai terharu hingga menangis nangis meraung raung di dalam biliknya. Haha. SO acai. Happy Birthdayy !! May Allah bless you. Panjang umur. Murah rezeki. Sentiasa bernasib baik. Semoga dapat pointer tinggi. Dan aku doakan kau dapat apa yang kau nak asalkan benda tu memberi kebaikan dekat kau. Haha. Bila dah besar jangan lupa aku k. Nak kahwin nanti bagi kad jemputan. Aku nak duduk kerusi VVIP. Haha. Kalau kau jadi arkitek nanti jangan lupa aku pulak. Nanti aku kahwin jemput ah datang rumah. Nanti raya datang rumah. Baju raya berapa pasang? Biskut buat sendiri ke beli? Duit raya bagi lah sikit nanti. Hehehehe. Bongok. Jo is bongok. HAHAHA. Gurau ah acai. Happy birthdayyy ! Kau tua dari aku woi. Dah besar dah abang long acai kita ni haa. Cincai boncai ! Haha. Dah 19 tahun. Buat prangai macam 19 lah ye. Jangan nak poyyo sangat k. Haha. Sorry takdapat menepung kan kau. Haha. Buat dekat dataran kamsis kena hormat exco. HAHAHA. Kang susah susah meor dengan sudin nak datang marah kita. Haha. Aku ingat nak beli tepung beli telur. Haa celup kau dalam telur, pastu celup pulak dalam tepung, pastu goreng dalam kuali panas. Terhasil lah ACAI CELUP TEPUNG ! Hahaha. K gurau. Haha. Sorry lambat. Dan andai kata suprise tadi tak menjadi, aku mintak maaf. Maaf jugak terlempang kau. Hahaha. Dan kau kena tahu, kau untung sebab ada budak kelas macam DSB1A. Yang tengah sibuk nak buat assignment drafting sanggup turun demi kau. Hehe. Sweet tak kami? HAHAHA! And jujur aku cakap aku taktahu pun harini birthday kau. Tadi dekat koperasi azmil yang cakap. Lepas kelas math. So kitorang decide nak belikan kau cake. Hahaha. Then aku dengan Azmil dengan Tasha dengan Zul pergi jalan jauh jauh sampai ke TAMAN CEMPAKA nun. Jauh tahu tak taman cempaka tu. Kalau naik teksi berapa hinggit dah. HAHAHA. Sweet tak? Kbyeee acaii ! Last happy birthdayyy ! 

So disini nak jugak aku berterima kasih dekat korang yakni budak budak DSB1A. Nak aku mention kan? K. Hanif Bakhtiar Zul Izzham Hasif Zahyn Farah Ziza Tika Yuha Kakyong Tasha Wardah Anis Nana Boloq Chee Yan Egy Anip Azmil Acap Jef Amir Nik Fath Capiq. K. HAHAHA. Dah. Aku tahu majlis kita tadi takda ah semeriah majlis majlis di hotel lima bintang. Sebab kita berada di kamsis dimana bintang bintang nya adalah kita. HAHAHA. Sorry weh. Ni je termampu. Sorry ah korang tunggu lama. Acai tu lama gila nak turun. Haha. Aku mintak maaf kek pun makan sikit sikit sorang tadi. Tapi takpa ah kan. Sharing is caring. Ceh ceh ceh. Haha. Tapi jujur aku harap, friendship ni takkan pernah berakhir macam puan zaza cakap tu. Sumpah aku taknak sem dua nanti semorang berpecah. Thanks menjayakan aktiviti kita malam ni. Thanks a lot. Hehe. Maaf membazirkan masa korang. Maaf kalau ada yang kena icing tu. Aku sengaja tu. Aku mintak maaf. Hehe. Takpa lah. Nanti kita tengok ah birthday siapa pulak nanti. Kalau termampu kita buat lagi k? Haha. Birthday aku 6 Ogos tau? Bring zizan to me please. Haha. No matter what. Thanks korang ! Thanks a lot !

So i think pengalaman ni biar kita je tahu. En en en #DSB1A en? Biar ah peminat aku semua ni taktahu. Kalau peminat peminat aku ni tahu kang, sibuk wartawan datang cari aku. Aku malas nak jawab gossip gossip ni. Haha. Kang makin hot aku, banyak job dapat, jarang pulak aku masuk kelas. So itu saja dari aku. Aku nak blah dulu. Esaimen drafting tengah memanggil manggil. Hahaha. Bye korang. Lap you :* Hi crush. Hehe. Jap jap. Enjoy gambar dibawah luh. Hahaha. 

Tu diaa birthday boy dah malu. HAHAHA. 

Nampak tak Acai memang tengah speechless tu? HAHA. Azmil pulak sibuk nau nak buat pelancaran. Hahaha. Jap. Thanks to Azmil and Tasha and Zul sebab sama sama pergi beli cake tadi. Hahaha. 

Acai is reading "Happy Birthday Acai Cincai Boncai #DSB1A"

Kite siewleng. Dia Acai. Cousin cousin. Haha. Mail lambung takdek. Acano? Hahaha

Acai sedang merelakan muka nya dirosakkan. HAHAHA. Memang teruk muka kau acai. Dengan minyak rambut pesen baru. HAHAHA. 


Hoyeahhh!

Kami berkongsi cake dan kami berkongsi jiwa. Acecece. Haha

The Gelojoh Us. Hahaha. 

The awoks awoks. Haha. Abang abang ganteng. Haha

The Syafiq. The Tasha. Bukan diorang kalau tak pose pelik pelik. Haha

Budak kelas kami semua sweet. Mohon jealous walaupun sedikit. Hahaha. 

K. The end. Pray for our friendship guys girls. Doakan semua ni akan kekal. Doakan kami akan berjaya bersama. Amin :) 

Monday, 18 February 2013

Dear YOU. Yes. YOU.

487233253406130756_tyxey0tc_c_large
I feel this.

Girls-cute-beautiful-life-couples-favim.com-610726_large
I did this.

Tumblr_mia0e0f5ke1r0ykcio1_500_large
I'm stalking you.

535799_416871748401856_826679518_n_large
I will.

285695_335713403213247_1680794248_n_large
Always will. 

Pending.

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !