BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Sunday, 21 October 2012

Satu Malaysia! :D

143763413074447681_mo67mdpr_f_large

Haii Assalamualaikum wbt :) SALAM SATU MALAYSIA. Ha'ah. Aku orang Malaysia. Kau? Malaysia jugak kan? So haii. Kita geng. Satu Malaysia! Nak aku nyanyi? Okay let me. Kita satu bangsa kita satu negara, kita satu matlamat wooooooo, kita satu bangsa, satu negara, kita satu Malaysia. Part woooo tu paling tak leh blah kan? This is not a free show, jadi aku nyanyi part chorus je. 

Mohon semua orang tengok gambar diatas. Perempuan tu bukan aku. Tak tak tak! Bukan aku. Aku lagi lawa. Lalalala~ Okay annoying. Bukan kelawaan aku yang aku nak tegaskan disini. Bukan sama sekali. Okay. If you guys were in twitter a few hours ago. I mean sebelum entry ni di postkan, timeline kau mesti penuh dengan sesi kutuk mengutuk. Orang kutuk Kelantan. Kelantan marah. Blablabla. Pendek kata, mereka berperang mulut sesama mereka. Eh no. Sorry. My mistake. Not mulut, perang tweet. Kalau perang mulut aku rasa dah ramai yang mati. Bertikam lidah hingga tertikam diri sendiri. Ada beberapa benda aku nak usulkan kat sini. Beberapa. Dan kalau kau taknak tahu, aku tak kisah langsung. Like seriously. Harap maklum :)

First, dah lama aku peghati. Hah! Semua ni sebab bola lah. Kau gaduh sebab bola. Bola tu bulat jugak kan? Hah! Tetiba. Aku pulak yang emo. Okay cool Joe cool! Eh Auni i mean. No no.. Mirah maybe? Ahhh! Kenapa aku banyak nama? Kenapa? Okay poyo je. Sila muntah. Haha. So sesi membashing ni macam makin berleluasa. And today bola final, Kelantan lawan ATM. And ramai bet yang ATM menang. yeah! Tapi rezeki Allah SWT takda orang tahu kan? Piala tu milik Kelantan malam ni. Hihi. And aku dah memang agak dah sesi membashing akan berlaku malam ni. Like seriously, benda tu memang jadik.

Err. Aku fikir fikir balik lah kan, the winner selalu dikutuk senanya. Yang tak bernasib baik akan cakap kalah dengan bermaruah and so on. Blablabla. Masing masing akan sokong team masing masing kan? Tapi please, jangan lah sampai kutuk pihak lawan. Takpernah ada hipotesis , semakin banyak kita kutuk pihak lawan, semakin banyak pasukan kita menjaring kan gol. Tak pernah ada woi. So please. benda ni jadik cenggini sebab orang Kelantan ni kenegerian senanya. Semangat merah ni kuat. Orang lain kena lah faham. No matter where we go, Kelantan selalu bersungguh okay. Sumpah tak tipu. And one more thing, orang Kelantan nih kan, dia takboleh tau orang kutuk negeri dia. Memang takboleh. So sorry. Kalau kau kutuk Kelantan dah terus kena bash tu really really sorry. Tu lah orang kata, mind your words. Eh no. Mind your tweets. Kami sayang kan negeri kami. Kami tak pernah hina negeri orang. Jangan hina negeri kami. Pleaseeeeee~ E(:

Laaah. Kelantan pun satu. Yang mudah melenting sangat tu dah kenapa? Sabar guys. Piala tu hak kita dah. Kau duk layan haters tu apahal? Chills. Piala tu kita dah boleh bawak balik lah :) Kau pun kena faham lah jugak situasi orang lain. Orang kutuk dengan satu tweet ber tweet tweet kau hentam orang tu yea? Haha! Okay faham. Rileks ah abang abang adik adik kakak kakak. Orang yang kutuk Kelantan tu, kalau awak taklayan, dia diam lah nanti. Dia kutuk Kelantan banyak banyak, dan orang Kelantan diam je. Sah sah dia rasa macam Syok Sendiri. Okay. Yang ni tibatiba. Haha! macam lah kau takda kutuk negeri diorang kan? Haaaa. Kantoi. Please lah. Kita sama ja senanya. Takyah nak bash sangat lahhh! Rilek lahhhh. Kita cool. ye dak? Kalau kau rasa dia melampau sangat pun kau cakap lah elok elok, takyah nak babikan dia ke hapa ka. Wat lek wat peace. Jaga sikit aib orang tu. Kang Allah SWT jaga lah aib kau :) Insyallah :D Ni kau semua, orang kutuk, mula lah sumpah seranah. Please. Mind your words. Tak ke sumpah seranah kau, bahasa yang kau gunakan akan tunjukkan betapa teruknya bahasa kau. Ingat, bahasa menunjukkan bangsa. Tanpa kau sedari, kau dah buruk kan negeri kau sendiri :) One more thing, kalau orang dah mintak maaf tu, kau takpayah nak menganjing ke hape ke. Takpayah nak main samak sangat lah.. Anggap lah orang tu ikhlas mintak maaf. Maafkan lah. Chilll la, it just a game lah :)

Semua orang salah. Kita terlampau sibuk nak cari kesalahan orang lain sampai kita tak sedar langsung salah kita ada kat depan mata. Semua orang bajet perfect. Please lah. Sebab bola mau gaduh ka? Hello. Cool cool cool! Kita satu Malaysia okay. Remember! One malaysia. SO, aku bukan nak back up sapa sapa. Sumpah tak back up sapa sapa. This is my opinion. Sekadar nasihat untuk diri sendiri :) Aku pun teruk jugak what. Kadang kadang aku terjoin bash orang tu. Teruk ah! Hahaha! Tapi sekarang bila aku fikir balik, aku takdapat apa apa pun senanya :) Haaaa. Moral of the story, hormat orang ,jangan kutuk orang, mind your words please :) Tapi kat sini aku nak cakap, bila kita hormat orang kita takkan kutuk orang dan bila kita tak kutuk orang, orang takkan bash kita :) Assalamualaikum. Hihi. Lupa nak cakap, saya peminat RazizanRazak. Hihi.

Budak budak pun tahu satu malaysia :D

Wednesday, 17 October 2012

Hi. Saya Demam Dan Saya Masih Merepek.


Haiii peoples. Mohon jangan terkejut semua orang. Okay. Jangan jealous jugak. Untuk pengetahuan umum gambar diatas telah di edit okay Harap maklum. Tolong jangan sebarkan gosip yang aku selalu dating dengan babyboy aku. Okay. Please jangan. So here i comes dengan muka yang agak sakai. Sangat letih. Dengan keadaan yang sangat lemah gemalai. Gua demam doh. Ha'ah aku demam. Ouh puhlease. Jangan menangis lagi. Tolonglah jangan menangis. Aku demam je pon. Dah dah. Lap airmata kau tu. Hingus hingus dah mengalir dah tu. Lap woi lap! Muahaha! Cakap orang. Aku ni yang jadik budak hingusan. HAHA!

Tapi takpa. Memandangkan mengupdate ni hanyalah dengan menaip menggunakan jari, aku sanggup update walaupun dalam keadaan yang sangat lemah. Okay. Tolong lah jangan nangis. Tolong lah. Kau ni aku cakap je nangis aku cakap je nangis. Kau ingat ni cerita ombak rindu ke? Hello. Aku tak nangis pun tengok cerita tu sebab Aaron Aziz tu abang aku. Lalalala~ Aku senanya rindu sangat dekat blog aku ni. Sangat rindu. Tu yang tibatiba rasa nak update blog ni. Walaupun takda motif pun senanya. Mueheh! Dan aku rasa ada jugak lah kan beberapa orang yang rindu aku? Please say yes. Please. Haha! Desperate gila doh aku. Gurau je weh. 

Ape yang jadik eh beberapa hari ni? Takda apa pun yang jadik senanya. Macam biasa. Aku bangun pagi. Mandi. Gosok gigi. Cuci muka. Sabun. Syampoo. Sambil nyanyi lagu "Kelapa dan Orked bagus untuk rambut. Saya nak balik duit saya ! " Haha. Best jugak weh lagu tu. Tibatiba rasa nak buat caller ringtone. Okay merepek dah aku ni. Sorry. Orang demam memang macam ni. Memberi effect pada otak. Eleh. Alasan. Sebelum ni aku memang dh selalu merepek ke? Gila lupa diri aku ni. Ahaha! Sambung balik. Lepas mandi pergi kerja. lalala~ Lepak lepak at tempat kerja. Memandangkan minggu ni bos aku takda. Dia pergi KL, jadi aku rasa sedikit bebas lah kan. Ahah! Bongok gila weh. Seronok jugak rasa bos takda. Rasa macam bahagia sangat giteww. Tapi tu tak bermakna aku makan gaji buta okay. Tidak sama sekali.

Dan lately, di sepanjang ketiadaan bos aku tu, aku ada satu aktiviti menarik. Sangat menarik. Dimana aku jadikan kedai sebelah pusat karaoke. Haha! Engkau hado? Memandangkan me, KakHa and KakYana suka sangat menyanyi, kami berjaya menukar kedai tu jadi pusat karaoke. Haha! Buat muka taktau malu nyanyi kuat kuat. Gila. Memang awesome lah. Dan aku mula sedar diri. Aku mula sedar yang suara aku ni best. Lalalala~ Gila suara aku tak best. Nama lagi artist antarabangsa. Berlakon boleh, menyanyi boleh, menari boleh, buat silap mata boleh, buat silap faham pun boleh, Hah! *PukulKepalaDenganKerusi* Aku kan kalau tak merepek tak sah. Bila la aku nak jadik normal macam orang lain? Bila bila bila?! Entah bila weh. Takpa la. As long kawan kawan aku suka aku macam ni, better kekalkan. Kalau nak ikut haters tu, semua benda aku buat salah. Hah! Yedak? Okay tibatiba aku ni

haaa! Sambung pasal karaoke tu kan, sebab karaoke tu lah aku batuk batuk keesokan harinya. Plus ada sehari tu aku makan Tomyam yang pedas gilagila weh. Like seriously. Tapi kan ada kaitan ke makan pedas dengan batuk? Dan ada kaitan ke nyanyi kuat kuat dengan batuk? Ahhh! Tak kisah. Tapi nak dijadikkan cerita, aku memang batuk lah. Aku kehilangan suara sebab banyak lagu jugak aku nyanyi. Ahah! Lepas tu sepanjang bos aku takdak juga aku banyak melepak di kedai orang lain. Itu awesome. Tapi aku hanya berkeliaran di kawasan berhampiran je weh. SO kepada mana mana peminat aku yang nampak aku di merata rata tempat tu, aku bukan tengah shooting okay. Aku tengah hilangkan stress. Muehehe!

Dan dalam minggu ni jugak aku adalah rindu dekat abang man. Tibatiba pulak teringat masa terjumpa dia dekat KBMALL tu. Alahai. Kenapalah jumpa dia kejap sangat. Kenapa kenapa? Betul weh. Kenapa entah rasa rindu dekat dia. Ahh! Tak kira tak kira, cepat ke lambat, i'll go to KL. Tak kisah la bila bila pun.  Plus KakHa pun nak ikot kite pergi KL. Tapi taktau bila lagi. Plus aku rasa aku busy sekarang. Busy buat apa taktau. Tapi tibatiba rasa busy. Haha! Eh dah. You know what, kite merajuk dah dengan Babyboy itewww. Abang zizan tak layan aku punya tweet. Abang zizan taklayan pun aku dekat twitter weh. Seriously, hari tu kan, dia retweet peminat dia punya tweet. Ramai gila weh. Tapi aku tidak dilayan pun. Sampai nya hati dia. Now, aku mogok. Takmo dah mention dia bnyak banyak. Takmo dah bedtime story. Takmo dah takmo. Kita nak mogok seminggu. Ahaha! 

Okay dah ah wei. Suddenly rasa lapar pulak update blog ni. Taklalu tapi lapar so i think nak makan Maggi. Nak buat pedas pedas biar hilang selsema ni. Hah! ada kaitan? Takda pun kan? Tak kisah tak kisah. Haha! Okay bye peoples. Doakan kite cepat sembuh. Doakan abang zizan kite baca blog kite biar dia tahu kite mewajok dengan dieww. Dah la titeww demam dieww tak suwwoh titewww makan ubat pown. Hish! Okay. Bahasa rempit buat aku rasa macam eyuwww sangat. Haha! Kay ahh. Byeee :D Assalamualaikum :D

Kite rindu abang man. Kite rindu kite rindu. Semorang rindu dia. Seriously. Mohon abang man datang kelantan then jumpa kitorang lagi. Eh? haha

 And this is happen bila bos aku takda. See. Aku suka melepak sekarang. Haha!

This is happen to me when i was demam. Taklarat woi taklarat. Grrr. 

And you babyboy, tkyah nak text kita. Kita mewajok tau tak. Kita mewajok. Sila pujuk. Kbyeee !

Like my annoying entry? Ouh. Like je lah. Takda orang marah. Takda takda. Kbyeee . Muahhh!

Friday, 12 October 2012

Testing Testing. Cubaan Satu Dua Tiga.

Haii Assalamualaikum. Kau rasa
ada benda yang pelik tak bila baca entry ni? Kau ada rasa tak? Hmm. Kau? Rasa tak? Ahh. Tak kisahh. Err ekchelli aku nak bagitau smorang yang aku agak jakun disini. Kau taktau jakun tu apa kan? Nasib baik cikgu bm aku bagitau aku dulu jakun tu apa. Kalau kau nak tahu kau buat buat lah rajin bukak kamus. Nanti kau tau lah jakun tu apa.

So apa masalah dengan jakun nya? Takda masalah langsung okay cuma aku rasa teruk gila bila aku tau boleh update blog via android. Hah! Asal muka kau nak kutuk aku pakai android. Haaa. Aku senanya pakai iPhone5 tapi memandangkan iPhone5 tu iPhone pakai buang aku, aku dah buang dah tadi. Hahaha *GelakSetan* Hah! Nampak permainan aku? Nampak? Haaa. Aku guna kejap je ni phone ni. Sementara tunggu bodyguard aku belikan aku yang baru. Hmm. Lama pulak tunggu dia. Lalalala.

So memandangkan aku seorang blogger yang berjiwa kental dan syok sendiri. Bajet ramai orang baca blog aku walaupun tak sebenanya. Ahhh. Yang tu takkisah. Jadi memandangkan aku jugak seorang blogger aku rasa aku kena install jugak benda alah yang boleh buat aku update ni blog guna phone ni. Try try update. Memandangkan aku tahu yang kaw semua ni mesti rindu aku,aku buat buat rindu kaw sikit eh. Konon aku update blog ni sebab rindu kau lah eh. Boleh cenggitu? Ahh. Kalau takboleh kisah apa aku.

Grrrr. Gua rasa janggal gila update blog guna phone. Gua rasa macam gua canggih sangat. Gua rasa macam gua robot. Hah. Sangat tetibe kan? Okay tahu. Aku saja ja nak buat suprise. Tu yang tibatiba tu cakap macam tu. Takda kaitan langsung. Okay merepek. Eh eh. Gua taktau lah apa jadik ni.

Sekarang gua nak publish. Gua nak tengok apa jadik dekat blog gua. Gua tak kira. Gua nak publish jugak. Satu dia tiga. Gua tak publish pun lagi. Ahh. Kejap lagi lah gua publish. Gua nak bermanja manja dengan readers serta peminat peminat gua dulu. Peminat gua dah makan belom ni? Sihat tak? Woii. Jawab la. Asal sunyi je ni woi. Mana peminat gua. Mana mana? Okayy gua tau gua makin merepek.

Ahhh. Aku nak publish dah. Nanti kau bagitau ahh apa jadik. Apa beza update guna phone and update guna laptop. Mohon komen bebanyak. Okay last. Iloveyou babyboyyy!

Wednesday, 10 October 2012

This Is Happen When Aku Bosannn !

149691_508851145794632_1565771524_n_large

Haiii. Assalamualaikum wbt :D Hah! Memang tunggu aku update kan? Hmm. Orang tau lah. Orang saja ja. Err. Seriously aku takda motif langsung nak update blog ni. Kau ada motif tak? Ada tak ada tak? Kalau ada sila uar uar kan idea anda di alamat yang tertera di skrin anda. Takda apa apa yang tertera? Calarkan sedikit skrin anda.

So dengan jujur nya aku cakap yang aku memang tengah bosan gila. Update blog sebab hmm sebab hmm sebab hmmmm takda orang layan aku dekat twitter. Sampai hati betol followers aku taknak layan aku kan. Kita bilang dekat babyboy kita. Haaa Kita ada babyboy. Engkau hado? Okay okay. Aku tau kau ada kan? Tapi buat buat takda boleh tak? Ni kan blog aku. Jangan malukan aku. Nanti aku up payment. Haaa. Nak tak? Haa! Nampak dah mata kau keluar $ . Hahahah! Okay tak tak. Itew guwawww!

Err. Tengok. Aku merepek kan? haa. Jadahnya aku merepek malam malam buta ni, tapi aku memang selalu merepek malam malam kan? Alaaa! Biasa lah. Pagi pagi aku busy shooting. Orang banyak job macam ni lh. Jealous lah tooo! Ouh please please! Jangan terjun bangunan please? Takyah la jealous sangat sampai nak terjun bangunan. Hmm. Okay macam ni. I punya job yang banyak tu i bagi dekat you eh? Duit i dah banyak. Lalalala~ Merepek again.

See. Macam ni lah aku. Ekchelli, boring gila senanya. Dekat twitter takda orang layan aku pun. Sedih kan jadi aku? Yelah. Aku bukannya artist kan? Mana ada orang nak mention aku. Hmm. *Mata pandang atas* *Tangan lap bawah mata* Haa. Nampak drama disitu. Orang hafal script lah. Nampak real kan? Pandai aku acting. Lalalala~

Weh weh weh! Aku senanya keletihan ni woi. Aku betul betul jadi entertainer dah dekat tempat kerja aku tu. Memang betul betul entertainer lah. Everything changed bila diorang tau aku melatah. Seriously. Ya Allah. Almost everyday diorang kacau aku tau tak. Letih nk mampos. Muka gua brutal. Tapi gua latah. Tu dah menjatuhkan imej gua tau tak. Bukan setakat imej gua jatuh, imej gua gua lain jugak turut jatuh. Sebagai contoh, Gua Kelam, Gua Musang, gua apa lagi eh yang ada dekat Malaysia ni? Hmm. Sorry. Dulu geografi aku B. Yelah. A tuh bagi dekat orang lain. Hidup kena sharing kan? Se gangster gangster aku pun hati aku baik. 

Haaa! Aku dah macam alat permainan dah dekat kbmall tu. Haha. Diorang bosan diorang kacau aku. Lepas tu sebab ramai orang, sekali dengan orang lain tahu yang aku latah. Homaii. And now, kebongokan aku terserlah sebab bagitau readers blog aku yang aku latah kan? Alaaa. Kau semua bukan boleh kacau aku pun kalau aku latah. Lagipun aku tau readers blog aku ni semua international. Mana ada orang Malaysia. Haaa. Kan? budak budak oversea pun dah faham bahasa melayu sebab selalu singgah blog aku. Sebab tu dengan selamba aku cakap melayu dalam blog ni. Hmm. *Buat muka tak bersalah langsung*

Tapi aku tak kisah pun senanya kena usik. At least i can make people laugh kan? Takpa lah letih sikit. Aku harap kejap lagi ada Akademi Melatah takpun Maharaja Latah takpun Latah Bukan Sekadar Rupa takpun nak suruh comel sikit, Idola Latah. Arghh! Lantak la apa apa pun. So, when aku start latah ekchelli? err. Forgot. Tapi seingat aku start when aku pergi camping pbsm kalau tak silap. yeah! Tu yang senior senior PBSM memang tahu aku latah -.- Diorang lah yang menerukkan lagi latah tu. Oh danggg! Kaw kaw sebagai peminat aku doa lh biar latah aku ni hilang cepat. Tolong lah. Aku takmo latah.

Pesanan ringkas untuk mereka mereka yang suka kacau aku, mohon kau semua bayar setiap kali kau kacau aku. Haa. Senang buat duit. Haha! Dah ah weii. Tibatiba pulak aku rasa mengantuk gila. eh tak da lah gila. Mengantuk manja manja. Alahaiii. k ah! Gua nak out dulu. Lu orang melepak lah dulu kat sini. hihi! Bye peoples! Assalamualaikum :)Muah kiri muah kanan muah dua dua belah :D
Hah! Amekaw. Tak sah aku kalau tak letak gambar Babyboy aku ni hah. Hmm. Gambar ni bila? Masa dia ambik aku kat tempat kerja tadi. Aku balik pukul 10 malam, pukul 10 pagi lagi di tunggu aku balik. Haa. Aku masuk kerja pukul 10.30. Kau nampak permainan aku? Nampak kan betapa dia sayang aku. Sanggup tunggu aku lama lama. And to you babyboy! Babyboy memang comel. *Tarik Hidung* Aku kan penat bekerja, dia pun bawak air Drive M7 untuk membekalkan aku tenaga. Sweet? Orang tau lah *Buat Muka Takbersalah*
Kau semua mohon jangan tatap lama lama kalau taknak merasa minum acid guna straw. Haaa

And baby, if you like it, hmm like je lah. Hihi. Tak like pun takpa. Kita saja saja ja ni. Muehe!

Monday, 8 October 2012

The Awesome Peoples On October :D

397255_479424742089277_31496467_n_large
Assalamualaikum. Hi. Ouh. Dont say any words. Semua orang rindu aku kan? Okay. Aku tau. Lalalalala~ *InnocentFace* So. This is the first update for October. Let me greet October first. Kau semua aku dah greet hari hari dah. So takpayah nak tamak suruh aku greet kau semua lagi. So October. Hi. Please be nice to me. And i really wish on October aku boleh jumpa orang yang nak aku jumpa. Ehem~ Pastu aku boleh kenal orang lain lagi lah. New friends maybe. Please October, be the great month for me. Ouh please. Okay. dah. Malas nak banyak banyak. Untung lah orang yang nama October tu. Kenal aku pun tidak tibatiba dapat greet daripada aku kan. 

So proceed. Tajuk entry, the awesome peoples on october. And who are they? Nak tau lah tu kan? Muka nak tau tu memang jelas terpampang di dada dada akhbar muka kau. Here they are :3

|From left , Afif AF9 , Cik Siewleng , Man Rajalawak 5|

Nampak tak tiga orang artist disitu? Haa. Nampak. Dua artist Malaysia dan satu artist International. Kau nampak? Nampak? Annoying tak kite? Haha! Okay saye tau :3 Haaa. On first October diorang lah kita jumpa mula mula. Kawan baru. Eh? Dah kawan ka? Haha. Pepandai ja aku. Maaf maaf. Hows the day? Begini cerita nya *AwanTimbulAtasKepala* 

Once upon a time *PukulKepalaSendiri* . Wei. Ni bukan cerita barbie lah wei. Haa. Pagi tu kitorang memang main main lah kan. Saat paling menyebalkan bila aku kena bukak kedai sorang sorang. What the fish -.- Mohon semua rakyat jelata jangan menangis kerana terlampau kesiankan beta. Haha. So agak letih. And im really really not in mood. Seriously. Tapi takda mood aku pun gelak ketawa dipagi buta takboleh tinggal. Pastu aku lupa pukul berapa masa tu aku orang beli jam dekat kedai aku. Then aku duduk kat belakang tu tengah tulis resit. Seperti yang diketahui umum kedai aku tu memang betul betul depan eskulator. Tapi takda lah kalau kau naik eskulator tu sampai atas je kau terus masuk dalam kedai aku. Tak langsung. So masa tengah tulis resit tu kan, dengar orang gelak macam RazizanRazak ! OhNo! Derr. Tulisan aku macam menulis dengan kaki derr. Gila. Punya lah nervous masa tu walaupun aku tau tu bukan Razizan Razak. Buat taktau. Then masa tengah set jam tu kan, KakHa dengan Kak Hajar panggil aku. Wait. Lupa nak cakap, diorang kerja dekat kedai sebelah kedai aku. Taknak tahu kan? Okay. Aku dah bagitau dah. Haa. Kalau diorang panggil aku elok elok takpa lah. Ni orang tengah setting jam, diorang pulak panggil dengan nada yang agak panic. And apa yang aku dengar masa tu adalah "RajaLawak" . Zappp! Naik ke kepala darah aku. Is it zizan? Dengar elok elok, diorang cakap Man Raja lawak ada. Ada ka patut diorang suruh aku tanya Man RL5 tu zizan datang tak. Jadahnya aku. Stakat nak say hi tu boleh la. Kalau melebih segan ah aku. Kau tahu kan aku pemalu? Lalala~

Pastu buat taktau. Tapi dalam hati punya gelabah. Gila. Nervous jugak tengok diorang tu. Then, buat buat taktau. Bajet cool lah aku ni kononnya. Hello. Im cool. Melainkan itu Razizan Razak. Haaa. Kalau zizan, aku tak cool, terus pengsan. Muehehe! Then lepak lepak kat tempat kerja again. Just forget about abang man and abang afif. Masa tengah lepak depan tepi kedai, gua tengok eskulator derr. Then gua nampak abang man dengan abang afif naik. Masa tu around pukul 9 malam. Seriously, aku ingat diorang dah balik dah masa tu. Tapi tengok tengok ada lagi! Haha. And masa tu aku tengah charge phone. Ingat kan mereka takpandang pun kami yang insan biasa ni. And suddenly diorang datang tengok aku err. Bukan tengok aku. Maybe diorang tertarik dengan charger aku tu. Hahah. See, im using Samsung, and charger sama dengan BB kan? Haa. Phone diorang habis battery, so i kitorang kasi pinjam kitorang punya charger! Muehehe! Kami kan Samsung users. Senanya kami iPhone5 users tapi kitorang guna iphone sehari kitorang buang. Selalu macam tu. Bagi kitorang, iPhone5 ni handphone pakai buang je. Hmm. Nampak permainan aku kat situ? So start daripada charge phone tu, tibatiba kitorang jadik rapat. Like seriously. And aku taktau kenapa aku bangang sangat, aku boleh tegur abang man dengan abang afif macam kitorang dah kenal lama. Selamba rock aku panggil "Abang!!!" masa nampak diorang naik tangga tu. Haa. Boleh pulak aku dengan selamba rock cakap dekat abang man, "Abang man abang man! Nanti balik KL kirim salam dekat zizan . Saya minat dia bang. Saya minat gila. Saya banyak sangat mention dia dekat twitter sampai dia follow saya bang. Hah! Abang tengok lah phone saya ni. Banyak gambar dia" Dengan selamba aku tunjuk gambar zizan dalam phone aku. Masa tu abang man dengan abang afif baru je naik. Kesian diorang kena dengar aku cakap aku minat zizan. Hahaha. 

So sorry abang man. Saya memang agak bangang sikit. See, masa tu baru kejap abang man naik. Aku terus blablabla bagitau diorang aku minat zizan. Muehehe! Lepas tu diorang guna our charger. Then kami ambik gambar banyak banyak. And you know what, diorang memang sporting gila gila gila! Diorang lepak dekat kedai kitorang. Seriously! Homaii. And diorang macam layan ja kitorang punya bising bising. Sorry abg abg ganteng sekalian. Haha. Kitorang memang kepoh sikit. Bapak kepoh. Aku ah. EH no. Im not bapak orang. Bapak kucing pun tidak. Tapi aku hanyalah insan yang lemah yang sangat comel serta menawan, membuat hati mu tertawan. Ehh? Okay aku gurau. Kasar betul aku bergurau. Haha! See. they are awesome. Sangat ohsem. To people yang pepandai cakap abang man dengan abang afif tu sombong, gua akan pastikan lu orang rasa tapak kaki gua. Gua gangster der. Gua kaklong adik ramai. Haaaa! Lu orang takut kan? *Hantuk Kepala Ke Dinding* Weii! Apa kau merapu ni? *Cakap Dengan Diri Sendiri*Haaa. Kite comel. Takmain pukul pukul orang ni. Haha. Kita senggol senggolan cubit cubitan je. 

The faces of us! See. Banyak gila ambik gambar. Haha! Thanks abang abang :D

Apa lagi eh jadik bulan October? Gua lupa dah. Hari hari aku pergi kerja. Im waiting for zizanrajalawak to come here tapi dia takdatang datang. Okayfine! Tapi aku sabar. Kalau aku taksabar dah lama dah aku pergi batu belah batu bertangkup. Haaa. Sapa nak ikut beli tiket cepat cepat. Bukan selalu boleh bercuti dengan aku. Taksemua orang okay! Haaa. Tunggu punya tunggu punya tunggu takdatang datang. Tapi i really hope one day aku boleh jumpa dia, lepak lepak dengan dia macam aku lepak lepak dengan abang man dengan abang afif. How i wish. Harap harap tuhan makbul doa aku. Amin. And you know what , semalam Babyboy titeww dapat award Hero Terhebat masa Anugerah Blockbuster. Even my abang pun kalah dengan dia. Hmm. Takpa lah, aku dah suruh aaron mengalah dengan adik ipar dia. Kan dia abang aku, dia kenalah bagi peluang babyboy aku menang. Haaa. Bijak tak? So here , i would like to say, Congratulations abang zizan! You are the hero! Yeah! Abg zizan suka Ironman. Tapi Ironman tak tercalon pun untuk Anugerah Hero Terhebat tu. Abang tercalon siap menang lagi. Hah! Sapa lagi hebat? Abang ke Ironman? Hmm. Mestilah saya kan? Okaybye! Merepek. No matter what, tahniah abang zizan. Even abang tak menang pun, you still zizanners' hero :D And my hero. My babyboy! Ewahh! Part babyboy tu penting. Muehehe! Okay. Nanti saya bagi Choki choki as a hadiah okay? Tahniah again. Sincerely your babygirl. Eh? Haha! 


Ergh! Aku senanya taktau dah nak cakap apa. Haa. Dah habis merepek dah ni. Merepek banyak banyak takboleh jugak. Kau ada nak cakap apa apa tak? Kalau ada angkat tangan! Okay awak tu yang tengah angkat tangan tu. Awak nak cakap apa? Okay stop talking, kalau awak nak cakap, awak cakap dekat blog awak. Ni blog saya. Jadi saya ja berhak cakap. Haa. Bengang kan? Ohmai. Aku harap aku sorang ja manusia yang menyakitkan hati kat dunia ni. Haha! kay ahh! Gua chow dulu. Gua tau gua punya entry nih macam panjang gila. Dah macam novel dah ni. So gua brenti dulu lah. Tak rock ah tulis tulis novel. Gua brutal. Jiwa kental. Kalau lu nak jadi macam gua, silakan. Tapi gua tau gua lagi unik. Haa. Gua chow dulu dulu lah semua. Lu orang nak tengok gmbar babyboy gua? Lu orang follow instagram dia @zizanrazak869 Eh betul ke idok ah? Aku lupa. Haha. Okay ah. Bye pari pari. Bye pembaca setia. Bye haters, bye lovers, bye no one, byee !!! Assalamualaikum. 

Anda suka entry saya? Anda like lah. Anda taknak like pun takpa. Hihi. Assalamualaikum. Muah! 

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !